KKR Terima Lawatan EKSA Julung Kali Dari KUSKOP | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

KKR Terima Lawatan EKSA Julung Kali Dari KUSKOP

Kuala Lumpur, 11 Jun 2024 - Kementerian Kerja Raya (KKR) berbesar hati menerima Lawatan dari Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang diketuai oleh Puan Nor Fadila M Sapuan, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia selaku Urus Setia EKSA bersama 39 para pegawai KUSKOP.

 

Taklimat lawatan dimulakan oleh YBrs. Puan Zurifah Zuhairon, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan selaku Penyelaras Jawatankuasa (JK) Pelaksana dan JK Kerja EKSA Kementerian Kerja Raya. Turut hadir bersama adalah wakil-wakil JK Audit Dalam EKSA KKR, JK Latihan EKSA, JK Promosi, dan wakil-wakil dari Zon Dahlia, Bahagian Kewangan (BK); Zon Seri Pagi, Bahagian Dasar dan Antarabangsa (BDA); Zon Melur, Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP); dan Zon Gamelan, Bahagian Akaun (BA).

 

Rombongan KUSKOP dibawa melawat Zon Melur, Zon Gamelan, Zon Dahlia dan Zon Seri Pagi bagi mendapatkan gambaran dan penerangan Amalan Terbaik EKSA Kementerian Kerja Raya yang diamalkan di Zon-zon terpilih. Sebagai tanda penghargaan kepada setiap Zon, Ketua Rombongan lawatan telah menyampaikan sticker Lawatan Penanda Aras EKSA kepada setiap Zon.

 

KKR berharap lawatan ini mampu menjadi rujukan yang bernas serta pemangkin inspirasi dan kreativiti bagi pihak KUSKOP dalam membudayakan EKSA. 

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14