Projek Naik Taraf Jalan Persekutuan Simpang 3, Jalan Mohammed Salleh – Jalan Penghulu Tuah, WP Labuan
Labuan, 7 Jun 2024 - Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam Hj Ahmad telah mengambil peluang turun padang meninjau kemajuan bagi kerja-kerja yang sedang dijalankan dalam menaik taraf Simpang 3, Jalan Mohammed Salleh – Jalan Penghulu Tuah, WP Labuan.
Projek naik taraf jalan Persekutuan ini bertujuan memberi keselesaan dan meningkatkan keselamatan kepada pengguna jalan raya memandangkan tahap perkhidmatan (Level of Service, LOS) jalan ini adalah pada tahap LOS E dengan peningkatan isipadu trafik yang semakin tinggi.
Projek ini melibatkan kerja-kerja naik taraf persimpangan dan pelebaran jalan raya, pembinaan minor access road, pengalihan utiliti sedia ada dan pemasangan sistem lampu isyarat. Sebanyak tiga (3) sebutharga telah dilaksanakan di bawah kerja ini, di mana satu kerja telah pun siap pada tahun 2023 manakala dua lagi sedang dalam proses pelaksanaan dan dijangka dapat disiapkan sepenuhnya pada Oktober 2024.
KKR telah memperuntukkan sejumlah RM24.55 juta bagi tahun 2024 untuk meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna Jalan Raya Persekutuan di WP Labuan. Peruntukan ini khusus untuk kerja-kerja penyenggaraan jalan, cerun dan jambatan, menaiktaraf kawasan yang sering terdedah kepada kemalangan (Blackspot) serta penyelenggaraan lampu isyarat dan lampu-lampu jalan. Komitmen ini direalisasikan melalui pengeluaran dua puloh enam (26) Arahan Kerja kepada pihak konsesi dan lima belas (15) Perolehan Kerja untuk pelaksanaan segera pada tahun 2024 sehingga semasa.
Fokus yang konsisten terhadap jalan persekutuan ini merupakan komitmen Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani dalam menyenggara rangkaian jalan raya selaras dengan hasrat Program MYJalan KKR yang ingin menyediakan infrastruktur yang selesa dan selamat kepada semua rakyat Malaysia Madani sepanjang masa.
- Log in to post comments