Inovasi Dalam Reka Bentuk Struktur Jambatan Di Jalan Susur Presint 15 Putrajaya Telah Berjaya Menjimatkan Kos Pembinaan Keseluruhan Sebanyak RM8 Juta | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

Inovasi Dalam Reka Bentuk Struktur Jambatan Di Jalan Susur Presint 15 Putrajaya Telah Berjaya Menjimatkan Kos Pembinaan Keseluruhan Sebanyak RM8 Juta

Putrajaya, 06 Jun 2024 - Yang Berhormat Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya hari ini melakukan penyerahan projek siap kepada Yang Berhormat Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) mewakili Kementerian Pelanggan yang memiliki projek tersebut. Projek yang telah disiapkan oleh Jabatan Kerja Raya selaku penyelia projek itu ialah pembinaan Jalan Susur Bertingkat sepanjang 300 meter dengan piawaian U5 dari Jalan P15H, Presint 15 ke Persiaran Timur.

Pelaksanaan projek ini adalah hasil kajian dan solusi bagi mengurangkan kesesakan trafik di laluan utama Presint15 (Bulatan 5 persimpangan) terutama pada waktu puncakdan juga menyediakan laluan alternatif bagi penduduk Presint15 yang berjumlah hampir 35,000 ribu orang dan penduduk di kawasan sekitarnya ke pejabat- pejabat kerajaan Putrajaya (Core Island).

Projek ini merupakan antara ratusan projek yang terkesan akibat daripada pandemik Covid-19. Selain itu, lokasi tapak projek ini yang terletak di jajaran koridor utiliti utama di Persiaran Timur, Putrajaya merupakan cabaran utama untuk menyiapkan projekini mengikut jadual.Antara Syarikat utilititersebut adalah Tenaga Nasional Berhad (TNB), Air Selangor (AiS), Telekom Malaysia (TM), Indah Water Konsortium (IWK), Gas Distribution Malaysia dan Perbadanan Putrajaya (PPj).

Bagi mengatasi cabaran itu, rekabentuk struktur jambatan telah dipinda daripada rekabentuk secara portal kepada rekabentuk konvensional yang mana ia bertujuan untuk mengelakkan kerja-kerja pengalihan utiliti di jajaran jalan tersebut. Hasil daripada inovasi ini, ia telah menjimatkan masa pembinaan substruktur seterusnya memberikan penjimatan RM8 juta, iaitu daripada kos asal RM20.656 juta kepada kos semasa bernilai RM12.629 juta.

Projek ini juga meliputi pembinaan sistem perparitan dan pemuliharaan alam sekitar serta menaik taraf lampu isyarat di Persimpangan P15H. Kaedah perolehan projek ini adalah secara tender terbuka di mana pembinaan projek telah dimulakan pada 29 Disember 2020 dan berjaya disiapkan pada 15 Mei 2024.

Kementerian Kerja Raya (KKR) merakamkan penghargaan kepada Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Putrajaya (PPj) yang telah memberikan kepercayaan serta kerjasama kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia yang membolehkan projek ini disiapkan dengan jayanya.

Proses perancangan dan pembinaan khususnya penyeliaan serta tanggung jawab bersama ini telah memberikan pengalaman dan pengajaran (experience and lesson learned) yang amat berguna untuk dijadikan panduan dalam pelaksanaan projek-projek akan datang ke arah pengurusan projek yang lebih bermutu dari segi kualiti, kos dan masa.  KKR turut menyeru kepada pihak kontraktor untuk terus melaksanakan tanggungjawab dengan baik dalam tempoh tanggungan kecacatan (DLP) di mana pihak JKR Malaysia akan terus memantau proses-proses pasca penyerahan projeksupaya tiada perkarayang tertangguh dan dilaksanakan mengikut peraturan yang berkuatkuasa.

Fokus berterusan terhadap jalan raya ini merupakan komitmen Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani dalam membina rangkaian jalan raya selaras dengan hasrat ProgramMYJalan KKR yang ingin menyediakan infrastruktur yang selesadan selamat kepada semua rakyat Malaysia Madani secara konsisten.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13