Majlis Pra-Pelancaran (Soft-Launch) Sistem Centralised Regulations Repository (CRR) Dan Pusat Informasi Dan Data Analitik Sektor Pembinaan Nasional (National Construction Information And Analytic Platform-NCIP)
Kuala Lumpur, 28 Mei 2024 - Tengah hari tadi telah berlangsung Majlis Pra Pelancaran Sistem CCR dan NCIP Centre disempurnakan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya bertempat di Bilik Tanjung, Blok A, Aras 6, Kompleks Kerja Raya. YB Menteri Kerja Raya turut melawat NCIP Centre yang berada Tingkat 11, Blok B dan menurunkan tandatangan di atas plak nama sebagai simbolik perasmian.
Bertepatan dengan tema Dasar Pembinaan Negara (National Construction Policy (NCP 2030)) iaitu “Pendigitalan Sektor Pembinaan”, Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang memperkasa penyampaian perkhidmatannya melalui pembangunan National Construction Information and Analytic Platform (NCIP), iaitu platform hub data raya informasi dan analitik yang akan mengumpulkan data raya, dokumen perundangan serta peraturan.
NCIP yang merangkumi dua (2) sistem utama iaitu Sistem Centralised Regulations Repository (CRR) bagi dokumen perundangan dan peraturan, dan sistem data raya iaitu National Construction Centralised Data Repository (NCDR) akan menyatupadukan keseluruhan butiran data di KKR dan agensinya bagi membolehkan pelaksanaan analisis data raya di peringkat kementerian.
Pembinaan sistem ini bertujuan untuk mewujudkan pengurusan data raya, pentadbiran perundangan serta peraturan sektor pembinaan di bawah seliaan KKR dan agensinya dengan lebih holistik, komprehensif, tepat, sahih, berintegriti, dan inklusif. Seterusnya dapat menyokong inisiatif pendigitalan dan agenda transformasi negara bagi meningkatkan keupayaan Kerajaan dalam membuat keputusan berasaskan fakta dan data.
Usaha ini turut bertepatan dengan dua (2) Teras Strategik NCP 2030 iaitu Teras 5 mewujudkan maklumat pembinaan melalui platform bersepadu dan terbuka, manakala Teras 6 meningkatkan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan awam melalui Platform Digital.
YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya telah merasmikan sebahagian dari sistem NCIP iaitu Sistem CRR KKR pada hari ini yang mana telah berjaya mengumpulkan sebanyak 726 buah dokumen rasmi perundangan dan peraturan yang telah diklusterkan mengikut lima (5) kluster utama iaitu :
Garis Panduan;
Pengurusan Dasar Umum;
Standard dan Piawaian;
Peraturan dan Kaedah; dan
Pengurusan dan Pentadbiran Umum.
Platform NCIP ini bersifat telus dan jelas agar proses kerja KKR dan agensinya dapat memenuhi komitmen Kerajaan Persekutuan yang mengamalkan sifat keterbukaan pasaran di peringkat antarabangsa seperti Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP).
Namun kepelbagaian aspek perundangan di peringkat kementerian, negeri, perbezaan proses kerja, kepelbagaian data dan arahan teknikal kadang kala merumitkan. Justeru, dengan adanya Sistem CRR KKR ia dapat memainkan peranan penting dalam memperkukuh dokumen rasmi perundangan dan peraturan KKR dan agensinya agar kekal relevan dan mengikut peredaran semasa di bawah satu platform.
Usaha ini seterusnya dapat mendaya upayakan mana-mana pihak untuk melakukan penyelidikan tentang peraturan dan perundangan sektor pembinaan negara secara holistik dan komprehensif seiring Pembangunan Kerajaan Masyarakat Digital melalui peraturan tangkas (agile regulations) yang dipacu oleh data dan maklumat yang tepat, sahih, terkini dan berintegriti.
Majlis Pra-Pelancaran NCIP ini menjadi simbol bahawa KKR memandang serius usaha mendigitalkan sektor pembinaan dan mengutamakan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan melalui platform digital. Pelancaran ini turut menyokong segala usaha pemerkasaan penyampaian perkhidmatan, pengurangan kerenah birokrasi, pendaya upayaan data raya analitik, perkongsian data melalui Single- Source-Of-Truth (SSOT) dan Whole-of-Government (WoG) di bawah Kerajaan Malaysia Madani.
- Log in to post comments