Dua Projek Persekutuan Rakyat – Centric Terkini Yang Bakal Memanfaatkan Rakyat Madani di Kuala Kubu Bharu | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

Dua Projek Persekutuan Rakyat – Centric Terkini Yang Bakal Memanfaatkan Rakyat Madani di Kuala Kubu Bharu

Kuala Kubu Bharu, 23 April 2024 – B Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya hari ini telah turun padang meninjau kemajuan dua (2) projek berpaksikan Rakyat Madani (rakyat-centric) yang sedang dilaksanakan di Kuala Kubu Bharu, Selangor iaitu Pembinaan Bangunan Gantian Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak dan Projek Membina Satu Blok Tambahan Mahkamah. Kedua - dua projek Kerajaan Persekutuan ini adalah di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui agensi pelaksana projek tersebut iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR).

Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak yang menempatkan 131 murid masyarakat Orang Asli sepenuhnya ini kini dalam proses penggantian fasiliti bagi menampung keperluan pembelajaran yang lebih kondusif lagi lengkap untuk pembelajaran, selesa dan selamat. Sekolah yang pernah menerima Anugerah Sekolah Cemerlang Kategori Sekolah Asli pada 2009 ini turut mempunyai blok asrama sebagai kemudahan anak – anak orang Asli dari seluruh Daerah Hulu Selangor. Sekolah ini kini mempunyai 9 bilik darjah dimana 3 daripadanya menggunakan bilik di blok asrama.

Projek ini dijangka siap pada Julai 2025 dengan kos RM7juta meliputi pembinaan blok bangunan 3 tingkat, kerja sistem saluran air permukaan, kerja sistem retikulasi air dan kerja penggantian pintu utama, pagar serta pintu pagar. Pembinaan sekolah ini menggunakan kaedah pelaksanaan Sistem Binaan Industri (Industrial Building System - IBS).

Pembinaan blok tambahan Mahkamah Kuala Kubu Bharu merupakan keperluan bagi menampung pertambahan bagi kes – kes mahkamah. Projek yang bernilai RM1.2juta ini mendahului jadual di mana kini sudah mencapai 79% kemajuan fizikal dan dijangka siap pada Jun 2024.

Antara skop kerja projek ini ialah pembinaan sebuah blok bangunan mahkamah, pakir berbumbung, laluan pejalan kaki, dataran kejat, kerja – kerja landskap dan pembinaan sistem longkang sekitar premis.

KKR dan JKR komited bagi memastikan projek kerajaan bagi kepentingan rakyat disiapkan dengan sempurna menepati kos, kualiti, skop dan tempoh masa yang ditetapkan.

 

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11