PEMBINAAN STOR RAMPASAN PEJABAT PENGUATKUASAAN KASTAM KUCHING, SARAWAK (TENDER SEMULA)
CAWANGAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN
(BAHAGIAN BANGUNAN AM 1)
IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
TERBUKA/T1
PPK (CIDB) Gred : G6 & G7
Kategori : B
**Pengkhususan : B01 & B04
DAN
SPKK (CIDB)
Gred : G6 & G7
Kategori : B
ATAU
UPKJ
Kelas A, Kepala II,
Subkepala 2(a) & 2(b) & 4
** Tidak di benarkan memohon kebenaran khas daripada CIDB dan UPKJ untuk pengkhususan bidang kerja yang telah ditetapkan
Tempat Dan Tarikh Dokumen Mulai Dijual
Secara Atas Talian Melalui Sistem JKR E-Tender
Tarikh Mula Dijual : 11 Ogos 2023 (Jumaat)
Tarikh Akhir jual : 21 Ogos 2023 (Isnin) Sebelum Jam 5.00 petang
Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama
Harga Tender : RM300.00
Bayar melalui : JOMPAY
Biller Code : 177501
Ref-1 : No Tender
(JKR/CKUB/21591/2023)
Ref-2 : Nama Syarikat Petender
Bayaran Tidak Akan Dikembalikan Sekiranya Petender Gagal Memenuhi Syarat-syarat yang telah ditetapkan
Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup
Tarikh Tutup Tender : 19 September 2023 (Selasa)
Waktu : Sebelum Jam 12.00 Tengahari
Dokumen Tender perlu dikemukakan secara dalam talian menggunakan Sistem E-Tender JKR
NOTA:-
1) JKR E-TENDERING (SISTEM JET) :
Proses tender ini dilaksanakan secara dalam talian melalui Sistem JET.
a) Kontraktor yang berminat menyertai tender hendaklah membuat pendaftaran dalam portal https://tender.jkr.gov.my. Pendaftaran akaun pengguna (kontraktor) hanya perlu dibuat sekali sahaja dengan menggunakan nama syarikat yang berkenaan.
b) Hanya kontraktor berdaftar sahaja boleh menyertai tender yang menggunakan Sistem JET. Langkah-langkah untuk membuka akaun dan mendaftar masuk sistem boleh dirujuk menerusi Manual Pengguna yang boleh dimuat turun melalui portal https://tender.jkr.gov.my.
c) Kontraktor yang telah berdaftar dengan Sistem JET akan menerima ID dan kata laluan untuk log masuk, melihat paparan iklan, membeli dan mengemukakan dokumen tender.
2) TAKLIMAT TENDER & LAWATAN TAPAK :
a) Kontraktor yang LAYAK dan berminat dikehendaki untuk memohon untuk hadir ke Taklimat Tender dan Lawatan Tapak melalui Sistem JET.
b) Segala Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Kerajaan yang berkaitan hendaklah dipatuhi. Sila bawa Cop Syarikat Beralamat untuk memudahkan urusan pendaftaran semasa taklimat tender & lawatan tapak dijalankan.
3) PEMBELIAN DOKUMEN TENDER :
a) Kontraktor yang LAYAK perlu memuatnaik salinan (dalam format *pdf) Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dengan CIDB atau (UPKJ); dan bukti pembayaran (Slip JomPAY) bagi tujuan pembelian dokumen tender.
b) Dokumen tender hanya akan dijual kepada Kontraktor yang LAYAK berdasarkan kepada maklumat pendaftaran dan bukti pembayaran yang dikemukakan. Bayaran TIDAK akan dikembalikan sekiranya petender gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Taklimat tender dan lawatan tapak adalah (DIWAJIBKAN)
Berkumpul di BALAI GEMA WARISAN, JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA SARAWAK, JALAN GEDONG, TANAH PUTEH, 93050 KUCHING, SARAWAK
Pada
10 Ogos 2023 (Khamis) Jam 9.30 Pagi