KLINIK KESIHATAN (JENIS 3) WAKAF CHE YEH, KOTA BHARU (GANTIAN) NO. TENDER :JKR/CKUB/22153/2023 | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
Acquisition Type
Tender
Date of Advertisement
Procurement Title

KLINIK KESIHATAN (JENIS 3) WAKAF CHE YEH, KOTA BHARU (GANTIAN) NO. TENDER :JKR/CKUB/22153/2023

Calling Office

CAWANGAN KONTRAK & UKUR BAHAN (BAHAGIAN KESIHATAN), IBU PEJABAT JKR MALAYSIA

Company Status

BUMIPUTERA

CIDB Grade
G7
Category

B

Specialization

B01, B04 & B29

ATAU

PPK yang sah dengan CIDB dan PUKONSA Dalam Kelas A, Tajuk II, Tajuk Kecil 2(a) & 4

ATAU

PPK yang sah dengan CIDB dan UPKJ Dalam Kelas A, Kepala II, Sub-kepala 2(a) dan 2(b)

Date of Site Visit
On Sale Date
Sale Deadline
Document Price
RM500.00
Site visit

Taklimat Tender adalah diwajibkan dan akan diadakan pada 26 Jun 2023 (Isnin) masa 9.00 pagi bertempat di Dewan Utama, Tingkat 3, Pejabat Jurutera Jajahan, JKR Jajahan Kota Bharu, Kelantan

Lawatan Tapak adalah diwajibkan dan akan diadakan pada 26 Jun 2023 (Isnin) masa 10.30 pagi bertempat di Tapak Cadangan Klinik Kesihatan (Jenis 3) Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan (Gantian)

JKR E-TENDERING (SISTEM JET)
Proses tender ini dilaksanakan secara dalam talian melaluit Sistem Jet.
a) Kontraktor yang berminat menyertai tender hendaklah membuat pendaftaran dalam portal https://tender.jkr.gov.my. Pendaftaran akaun pengguna (kontraktor) hanya perlu dibuat sekali sahaja dengan menggunakan nama syarikat yang berkenaan.

b) Hanya kontraktor berdaftar sahaja boleh menyertai tender yang menggunakan Sistem Jet. Langkah-langkah untuk membuka akaun dan mendaftar masuk sistem boleh dirujuk menerusi Manual Pengguna yang boleh dimuat turun melalui portal https://tender.jkr.gov.my.

c) Kontraktor yang telah berdaftar dengan Sistem Jet akan menerima ID dan kala laluan untuk log masuk, melihat paparan iklan, membeli dan mengemukakan dokumen tender.

PENDAFTARAN KONTRAKTOR
a. Kontraktor berdaftar yang telah digantung oleh CIDB, UPKJ dan PUKONSA dari menyertai tender, TIDAK LAYAK untuk menyertai tender ini.
b. Kontraktor TIDAK DIBENARKAN memohon kebenaran khas daripada CIDB, UPKJ, PUKONSA untuk pengkhususan bidang kerja yang ditetapkan.
c. Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PPK dan SPKK atau PUKONSA atau UPKJ atau STB yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam sijil PPK dan SPKK atau PUKONSAN atau UPKJ atau STB.

TAKLIMAT TENDER & LAWATAN TAPAK
a) Kontraktor yang LAYAK dan berminat dikehendaki untuk memohon untuk hadir ke Taklimat Tender dan Lawatan Tapak melalui Sistem JET.
b) Kontraktor yang HADIR dan LAYAK hendaklah memuat naik slip kehadiran di dalam Sistem JET untuk pengesahan Pejabat Memanggil Tender (PMT).
c) Segala standar operating procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Kerajaan yang berkaitan hendaklan dipatuhi. Sila bawa Cop Syarikat Beralamat untuk memudahkan urusan pendaftaran semasa taklimat tender & lawatan tapak dijalankan.

PEMBILAN DOKUMEN TENDER
a) Kontraktor yang LAYAK perlu memuatnaik salinan (dalam format *pdf) Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dengan CIDB atau PPK, STB dan UPKJ atau PPK, STB dan PUKONSA yang disahkan dalam Gred/Kelas, Kategori/Tajuk/Kepala & Pengkhususan/Tajuk Kecil/Sub Kepala yang ditetapkan dan bukti pembayaran (Slip JomPAY) bagi tujuan pembelian dokumen tender.
b) Dokumen tender hanya akan dijual kepada Kontraktor yang LAYAK berdasarkan kepada maklumat pendaftaran dan bukti pembayaran dan dikemukakan. Bayaran TIDAK akan dikembalikan sekiranya petender gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

MAKLUMAT BAYARAN
Harga : RM500.00
Bayaran secara atas talian JomPAY
Biller code (KKR) 177501
Ref 1 : JKR/CKUB/22153/2023
Ref 2 : Nama Syarikat Kontraktor
Bayaran tidak akan dikembalikan sekiranya petender gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan

TEMPAT, TARIKH & WAKTU TENDER TUTUP
Dokumen tender perlu dikemukakan secara atas talian menggunakan Sistem JKR E-Tendering (Sistem JET)
Tarikh tutup tender : 8 Ogos 2023 (Selasa) 12.00 Tengahari

PERINGATAN
Pejabat Memanggil Tender (PMT) tidak akan bertanggungjawab di atas kecuaian kontraktor dalam memastikan kesempurnaan penerimaan emel, isu pembayaran dan dokumen yang dimuat turun.

Closing date