TAMPIN – Syarikat konsesi lebuh rayan akan mengaplikasikan sistem gantri iaitu system pengimbas bagi mengatasi masalah kesesakan ketika membuat bayaran di plaza tol mulai awal tahun depan.
Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, sistem itu akan digunakan sebaik sahaja Lembaga lebuh Raya Malaysia (LLM) selesai membuat kajian terhadap sistem berkenaan.
Katanya, kajian sedang dibuat di beberapa pondok tol di Lembah Klang dan hasil kajian akan diperoleh akhir tahun ini sebelum dikemukakan Kabinet untuk dibuat keputusan.
“Jika kita hendak menukar sistem ini, kita perlu melibatkan semua syarikat konsesi dan seluruh lebuh raya di negara ini,†katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Sepakat Bestari Daerah Tampin di pekarangan Surau Al-Jannah, Tampin Jaya di sini semalam.
Menerusi sistem itu, pemandu perlu membeli kad prabayar e-Tag yang dipasang pada cermin kenderaan dan memandu melalui pengimbas (gantri) yang menyerupai tiang gol bola sepak di plaza tol.