Miliki sijil ISO syarat dapatkan kontrak | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

KUALA LUMPUR: Pemiliki sijil ISO oleh kontraktor utama mungkin dijadikan syarat dalam pemberian kontrak projek pembinaan yang bertaraf tinggi seperti Kelas A, dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) nanti.

Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor ketika membayangkan perkara itu berkata, cadangan itu yang akan di kemukakan kepada kabinet dalam masa terdekat, bertujuan menambah baik kualiti pembinaan di negara ini.

”Kalau lepas ini untuk RMK-10, syarat kontraktor itu kita minta adakan ISO tetapi mereka tidak mampu untuk adakan, maka kita cadangkan kepada kerajaan syarikat ini tidak layak untuk mendapat projek kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Integriti Industri Pembinaan 2009 di Pusat Konvensyen CIDB di sini, semalam.

Langkah itu juga bagi memantapkan lagi industri pembinaan di negara ini supaya insiden runtuhan bangunan seperti di bangunan Jaya Supermarket di Petaling Jaya dan Stadium Sultan Misan Zainal Abidin di Gong badak, Terengganu tidak berulang.

”Ia bukan saja menjadi perdebatan umum tetapi secara tidak langsung menjejaskan kredibiliti kita, kerugian bukan saja kita alami dalam negara tetapi kerugian paling besar adalah kepercayaan negara yang selama ini banyak syarikat kita dapat peluang pekerjaan,” katanya.


 

Tarikh
Surat Khabar
Harian Metro