712 Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Jabatan Kerja Raya 2021 Dirai | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
1

712 Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Jabatan Kerja Raya 2021 Dirai

KUALA LUMPUR, 13 SEPTEMBER 2022 - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Kerja Raya bagi Tahun 2021 (APC JKR 2021) meraikan seramai 712 orang penerima dari JKR seluruh Malaysia.

Penyampaian anugerah dan perasmiannya telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya. Turut menyampaikan anugerah ialah YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Kerja Raya, YBhg. Dato' Wira Wan Ahmad Uzir Bin Hj Wan Sulaiman, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya dan YBhg. Dato' Seri Ir. Haji Mohamad Zulkefly Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.

Anugerah ini merupakan satu bentuk penghargaan dan pengiktirafan kepada pegawai perkhidmatan awam yang telah menunjukkan prestasi perkhidmatan dan dedikasi yang tinggi kepada jabatan.

Dengan bertemakan ‘Prestasi Unggul Pemangkin Kecemerlangan’, anugerah ini diharapkan dapat menyuntik semangat untuk meneruskan perjuangan demi menjadikan JKR sebagai sebuah organisasi penyampaian perkhidmatan organisasi yang berkesan, berkualiti dan memenuhi ekspektasi rakyat.

Dalam ucapan perasmiannya, Menteri Kanan menekankan kepentingan Big Data yang merupakan evolusi teknologi dalam negara. Melaluinya aspek kualiti perkhidmatan mampu berdaya saing dan melangkaui ekspektasi.

Beliau turut menyeru warga JKR untuk berfikiran luar kotak, mampu merancang pelan tindakan serta berupaya mencari solusi di dalam menempuhi setiap halangan, tidak kira sama ada di luar atau di dalam sesebuah organisasi. Pengukuhan sesebuah organisasi juga boleh dicapai sekiranya seluruh warga kerja berupaya menjadi pemikir strategik dan berbudaya inovasi.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
1
2
3
4
5
6
7
8
9