Projek Membina Jalan Dari 2 Lorong Kepada 4 Lorong Permatang Pak Elong - Jambatan Merdeka Membantu Mengurangkan Kesesakan | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
1

Projek Membina Jalan Dari 2 Lorong Kepada 4 Lorong Permatang Pak Elong - Jambatan Merdeka Membantu Mengurangkan Kesesakan

KEPALA BATAS, PULAU PINANG, 11 SEPTEMBER 2022 — Projek Membina Jalan Dari 2 Lorong Kepada 4 Lorong Dari Permatang Pak Elong Hingga Jambatan Merdeka Seberang Perai Utara, Pulau Pinang diserahkan kepada Kementerian Kerja Raya (KKR). Pelaksanaan projek ini akan meningkatkan taraf perkhidmatan jalan ini daripada Level of Service (LOS) F kepada LOS C seterusnya mengurangkan kesesakan serta turut mengurangkan tempoh perjalanan pengguna.

Majlis Perasmian penyiapan projek disempurnakan oleh Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof bersama YB Dato’ Sri Reezal Merican Bin Naina Merican, Ahli Parlimen Kepala Batas yang juga merupakan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Turut hadir ke majlis tersebut ialah Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Ketua Pengarah Kerja Raya dan Pengarah Pembangunan Negeri Pulau Pinang.

Projek ini telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia ke-11, Rolling Plan 1 dengan nilai sebanyak RM340,390,000 kepada Kementerian Kerja Raya Malaysia selaku Kementerian Pelanggan dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia sebagai Agensi Pelaksana.

Dengan pelebaran jalan ini ia dapat meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat disamping menyusun semula pembangunan di tepi jalan sedia ada. Penyiapan projek ini telah memberi jaringan prasarana jalan raya yang lebih selesa dan selamat kepada pengguna jalan raya yang berulang-alik dari Pulau Pinang dan Kedah.

JKR Malaysia telah melaksanakan projek ini secara Konvensional Perunding melalui Cawangan Jalan sebagai Pengurus Projek. Pihak Perunding yang dilantik adalah Kastri Engineers Sdn. Bhd. manakala syarikat Sinar Mec Sdn. Bhd. sebagai kontraktor utama bagi projek ini.

Projek ini telah mula dilaksanakan pada 19 Disember 2017 dan telah berjaya disiapkan sepenuhnya dan Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) telah dikeluarkan pada 20 April 2022 iaitu 15 hari lebih awal daripada tarikh siap sebenar. Projek ini juga telah berjaya diserahkan kepada pihak KKR dengan pencapaian “13 dalam 1” iaitu melibatkan aspek-aspek antaranya seperti Penjimatan kos dari kos kontrak asal, Zero Lost Time Injuries (LTI), sifar kemalangan, Pematuhan sepenuhnya Kualiti Alam Sekitar, Pematuhan sepenuhnya Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Pematuhan penuh SOP Covid-19.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12