Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Sarawak Memanfaatkan 98 Ribu Keluarga Malaysia | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
1

Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Sarawak Memanfaatkan 98 Ribu Keluarga Malaysia

KUCHING, 5 OGOS 2022 – Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) meneruskan siri jelajahnya ke Negeri Sarawak yang merupakan edisi ketujuh selepas Johor, Perlis, Sabah, Terengganu, Perak dan Kelantan. Kementerian Kerja Raya merupakan kementerian peneraju bersama-sama Pejabat Premier Sarawak dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak.

Jelajah AKM Sarawak berlangsung selama tiga hari, bermula 5 hingga 7 Ogos 2022 bertempat di Dataran Perayaan Petra Jaya, Kuching. Perasmian penutupan JAKM Sarawak disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob pada 7 Ogos 2022.

Majlis ini turut dihadiri YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak; YB Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya; YBhg. Tan Sri Datuk Amar Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara; YB Dato’ Sri Haji Mohamad Abu Bakar bin Haji Marzuki, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak; serta barisan Jemaah Menteri dari Kerajaan Persekutuan dan Negeri Sarawak.

YAB Perdana Menteri turut hadir menjamu selera makan tengah hari serta beramah mesra bersama Keluarga Malaysia di Majlis Kenduri Rakyat ‘Keluarga Malaysia, Berambeh Makan’ di Stadium Perpaduan, Dataran Perayaan, Petra Jaya, Kuching.

Seramai 98,180 orang pengunjung telah direkodkan sepanjang tiga hari pelaksanaannya sekaligus merekodkan bilangan pengunjung tertinggi berbanding 6 siri jelajah sebelumnya.

Pelbagai aktiviti dan program telah diatur antaranya 28 reruai Kementerian dengan pelbagai perkhidmatan terus kepada rakyat, Pameran Inovasi dan Teknologi Industri Pembinaan, Program Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia Anjuran PERKESO, Pertandingan Bintang Patriotik, perkhidmatan lapan kaunter bergerak seperti semakan saman JPJ, pembaharuan lessen memandu, urusan pandaftaran JPN dan lain-lain lagi.

Dari aspek kebajikan dan kerohanian pula terdapat bantuan dan sumbangan Yayasan Keluarga Malaysia kepada anak yatim dan program Zikir Berkah Anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Turut diadakan ialah Program Fun Ride Penjawat Awam, kursus solekan Borneo, bengkel muzik tradisi, sukan rakyat bagi menghidupkan semula permainan tradisi seperti Batak Lampung, Menyumpit, Batu Seremban, Tinting, Carom dan Pangkak Guli. Selain itu, Pertandingan E-Sport seperti Mobile Legend dan FIFA disediakan untuk anak muda.

Bagi memperkasakan ekonomi, Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (KUSKOP) telah mewujudkan ruang pertemuan usahawan selain 80 reruai Jualan Usahawan Industri Kecil Sederhana. Jualan Murah Keluarga Malaysia barangan keperluan harian rakyat seperti minyak masak, tepung gandum, telur ayam, beras dan susu pada harga yang lebih rendah turut dilaksanakan selain Slot Citarasa Keluarga Malaysia yang menjual pelbagai makanan unik tradisi termasuk Mee Kolok, Laksa Sarawak dan Kek Lapis.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11