JKR Johor Juara SURYA 2022 | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
JKR Johor Juara SURYA 2022

JKR Johor Juara SURYA 2022

ISKANDAR PUTERI JOHOR, 22 JULAI 2022 - YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya Malaysia telah merasmikan Kejohanan Sukan JKR Se-Malaysia Tahun 2022 JKR yang berlangsung di Stadium Educity, Johor Bahru selama tiga hari bermula 21 sehingga 24 Julai 2022.

JKR Negeri Johor telah terpilih sebagai penganjur utama dan tuan rumah kepada penganjuran kejohanan bagi tahun 2022 ini. Apa yang menarik pada edisi kali ini, Kejohanan Sukan JKR Se-Malaysia telah dijenamakan kepada Kejohanan SURYA Se-Malaysia yang mana SURYA adalah singkatan bagi Sukan Jabatan Kerja Raya.

Kejohanan SURYA Se-Malaysia tahun 2022 adalah merupakan edisi ke-lima (Ke-5), sejak mula diperkenalkan pada tahun 2013. Kejohanan ini dilaksanakan secara dwitahunan di bawah JKR Malaysia melalui Kelab Sukan Jabatan.

Objektif utama penganjuran Kejohanan SURYA Se-Malaysia 2022 bukan semata-mata untuk mencari kejuaraan, tetapi menjadikan kejohanan ini sebagai satu platform untuk membentuk kebersamaan dan semangat kerja berpasukan selain dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dalam JKR secara keseluruhannya.

Sebanyak lapan acara sukan dipertandingkan, antaranya sukan bola sepak, bola jaring, bola tampar, ping pong, badminton, bowling, sepak takraw dan sukan golf. Kejohanan ini melibatkan penyertaan lebih 2,000 atlet dan pegawai sukan.

JKR Johor telah dinobatkan sebagai Johan keseluruhan dan berikut merupakan keputusan penuh kesemua acara yang dipertandingkan:

BOLA TAMPAR

Emas : JKR Johor

Perak : JKR Sabah

Gangsa : JKR Selangor

SEPAK TAKRAW

Emas : JKR Kelantan

Perak : JKR Negeri Sembilan

Gangsa : JKR Johor

PING PONG

Emas : JKR Terengganu

Perak : JKR Selangor

Gangsa : JKR Kelantan

GOLF

Emas : JKR Johor

Perak : JKR Negeri Sembilan

Gangsa : JKR Sabah

BOWLING

Emas : JKR Johor

Perak : JKR Perak

Gangsa : Ibu Pejabat JKR

BADMINTON

Emas : JKR Sabah

Perak : JKR Johor

Gangsa : JKR Kelantan

BOLA JARING

Emas : Ibu Pejabat JKR

Perak : JKR Melaka

Gangsa : JKR Kedah

BOLA SEPAK

Emas : JKR Sabak Bernam dan JKR Kedah

Gangsa : JKR Sarawak

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11