Siling RTM Negeri Sembilan bocor | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

SEREMBAN 18 Sept. - Hanya selepas 49 hari beroperasi secara rasmi, Kompleks Penyiaran Negeri Sembilan yang serba caggih dan bernilai RM38.51 juta mula berdepan dengan masalah siling bocor.

Kejadian siling bocor di aras 1 dan 2 kompleks tersebut yang mengakibatkan banjir kecil disedari oleh kakitangannya yang masuk kerja kira-kira pukul 8 pagi hari ini.

Sumber mendedahkan, kesan-kesan lembap pada bahagian siling akibat kebocora yang dipercayai perpunca daripada system pendingin hawa itu telah dikesan sebelum kompleks berkenaan beroperasi.

Katanya, apabila semua kakitanga RTM berpindah ke kompleks berkenaan, kesan penggunaan pendingin hawa pada setiap hari menyebabkan masalah itu melarat sehingga berlaku kebocoran.

"Hari ini kebocoran itu sudah tak dapat dibendung lagi, ia menitik tanpa henti sehingga mengakibatkan banjir kecil," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Sementera itu, tinjauan Utusan Malaysia di kompleks berkenaan tengah hari ini mendapati terdapat kesan tampalan yang masih baru di bahagian siling yang bocor manakala di beberapa bahagian siling lain pula, titisan air masih belum berhenti.

Lantai di kedua-kedua aras itu juga masih digenangi air manakala kerja-kerja mengelap lantai sudah dihentikan oleh kakitangan syarikat pembersihan.

Kompleks Penyiaran Negeri Sembilan mula beroperasi sepenuhnya pada 1 ogos lalu selepas 17 tahun Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) negeri ini beroperasi di Jalan Raja Ali, di sini.

Kompleks canggih tersebut turut menempatkan stesen radio Negeri FM yang kini menggunakan system digital sepenuhnya dan sebuah auditorium dengan kapasiti 1,000 tempat duduk.

Isu pembinaan kompleks itu juga turut disentuh dalam Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini apabila ia dilaporkan sebagai tidak dirancang dan dilaksanakan dengan teratur oleh Kementerian Penerangan sehingga menyebabkan kos projek itu meningkat daripada RM23.47 juta kepada RM38.51 juta.

Pengarah Penyiaran negeri, Mohd Roslee Mohd. Salleh sewaktu dihubungi berkata, masalah kebocoran tersebut berjaya dikawal dan ia tidak melibatkan sebarang kerosaka  peralatan penyiaran milik RTM.  Katanya, kompleks itu belum diserahkan sepenuhnya oleh pihak kontraktor dan mereka juga masih lagi melakuka  penyelenggaraan bagi sebarang masalah berbangkit.

"Apa yang berlaku hari ini ialah kebocoran siling. Bukannya runtuh siling, ia telah berjaya diselesaikan," katanya. 

 

 

Tarikh
Surat Khabar
Utusan Malaysia