LLM buka laluan kontra ke utara | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

BUTTERWORTH: Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) akan mewujudkan lorong kontra untuk perjalanan menuju ke utara bagi menampung pertambahan kenderaan yang dijangka meningkat sempena Aidilfitri ini. 

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pembangunan) LLM, Ismail Md Salleh, berkata lorong itu akan dibuka dari Rawang ke Tanjung Malim, mulai Rabu ini hingga hari raya pertama. 

Beliau berkata, lorong tambahan sejauh 43 kilometer itu dijangka dapat mengurangkan kesesakan teruk yang dijangka meningkat kepada 1.3 juta kenderaan berbanding hari biasa 900,000 kenderaan. 

Katanya, selepas hari raya pertama, lorong itu akan beroperasi seperti biasa bagi menampung pertambahan kenderaan pulang ke ibu kota. 

"Kali ini, kami lebih bersedia kerana membuka lorong kontra bagi perjalanan ke utara untuk menampung pertambahan kenderaan kira-kira 1.5 kali ganda. 

"Selain itu, laluan lain juga bersedia menampung jumlah kenderaan yang meningkat kerana banyak lorong baru dibuat sebelum ini sudah siap seperti arah ke selatan seperti di Seremban," katanya selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Sempena Musim Perayaan di pejabat pentadbiran Konsortium Lebuh Raya Butterworth-Kulim Sdn Berhad (KLBK), Kubang Semang, di sini, 

Tarikh
Surat Khabar
Berita Harian