Sebulan untuk siasat kes runtuhan di Gerik | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

IPOH - Pasukan penyiasat dari beberapa jabatan dijangka mengambil masa sebulan melengkapkan laporan mereka berhubung kejadian bangunan dua tingkat milik Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNP) di lereng bukit Tasik Banding, Gerik yang runtuh awal pagi Selasa lalu.

Pasukan itu akan dianggotai beberapa pegawai pakar Jabatan Kerja Raya (JKR) dari Kuala Lumpur serta pegawai-pegawai dari Lembaga Jurutera Malaysia(LJM).

Ketua pasukan itu yang juga Pengarah JKR Perak, Datuk Wong Wai Ching berkata, tugas mereka akan bermula setelah semua terma serta objektif yang hendak dicapai diselesaikan terlebih dahulu.

"Apa yang pasti, kita akan hantar laporan lengkap mengenai punca kejadian kepada kerajaan negeri dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu," katanya di sini semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Perak, Samsiah Abu Bakar berkata, satu pasukan forensik kejuruteraan dari Ibu pejabat BPR Putrajaya akan meninjau lokasi runtuhan hari ini.

"Siasatan menjurus kepada aspek teknikal dan fizikal. Kita juga akan meneliti segala dokumen perjanjian pembinaan asal, jenis bahan digunakan.

"Jika ada ?pelanggaran", barulah ada yang akan didakwa,? katanya.

Katanya, berdasarkan siasatan awal pihaknya telah mengenal pasti beberapa individu yang akan dipanggil memberi keterangan namun beliau enggan mendedahkan identiti mereka.

Sementara itu, perunding utama projek berkenaan enggan memberi komen berhubung kejadian tersebut.

Tinjauan KOSMO! Ke pejabat mereka di Taman Milee, Jalan Kuala Kangsar dekat sini semalam mendapati uruperunding syarikat, Sazali M. Salleh berada di luar daerah.

Menurut sumber, sebagai perunding utama projek berkenaan firma berkenaan telah melantik tiga syarikat perunding lain yang merangkumi perunding struktur dan bagunan, perunding mekanikal dan elektrik serta perunding ukur bahan

Tarikh
Surat Khabar
Kosmo