BPR siasat bangunan ranap. | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

IPOH - Dua kumpulan penyiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan ditubuhkan serta-merta bagi menyiasat  kemungkinan wujudnya salah laku dalam proses pembinaan bangunan dua tingkat milik Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNP) di Tasik Banding yang runtuh kelmarin.

Selain itu, BPR turut mendapatkan bantuan unit forensik dari ibu pejabat agensi terbabit di Kuala Lumpur untuk bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak bagi menyiasat punca keruntuhan itu.

Pengarah BPR Perak, Samsiah Abu Bakar berkata, kesemua enam pegawai yang ditugaskan untuk menyiasat kes ini telah memulakan siasatan awal pagi semalam dan mereka telah pun pergi ke tempat kejadian bagi meninjau punca sebenar runtuhan.

"Kami agak terpanggil untuk menyiasat perkara ini memandangkan bangunan yang menelan belanja jutaan ringgit itu gagal diduduki kerana pembinaan yang tidak mengikut spesifikasi.

"Bangunan yang dalam proses baik pulih oleh JKR ini juga akhirnya runtuh dan BPR akan mencari jaawapan terhadap keruntuhan bangunan ini," katanya ketika dihubunggi KOSMO! Semalam.

Menurut beliau, fail siasatan dibuka sebaik laporan disiarkan diakhbar kerana kita melihat ada sesuatu yang tidak kena ekoran berlakunya runtuhan itu.

"Perkara ini sudah jadi isu nasional selepas keluar akhbar dan kita perlu menyiasat perkara ini," tegasnya.

Memetik laporan muka depan KOSMO! Semalam, sebuah bangunan dua tiangkat milik PTNP yang sudah hampir siap di Tasik Banding di sini, ranap sama sekali dipercayai akibat kerosakan pada struktur.

Sementara itu menurut sumber, JKR Perak sejak sebulan lalu dikatakan bertungkus-lumus menyiapkan pelan bagi ?menyelamatkan? bangunan dua tingkat milik Perbadanan Taman Negeri perak (PTNP) yang runtuh sepenuhnya pegi kelmarin.

Bangunan yang disiapkan pada bulan Mac 2006 itu didapati tidak mengikut spesifikasi asal dan lewat disiapkan oleh kontraktor yang dipertangjawabkan oleh pihak kerajaan.

Kata sumber terbabit, bangunan yang menelan belanja hampir RM9.5 juta itu juga telah mendapat tambahan peruntukan sebanyak RM500,000 untuk memastikan ia dapat digunakan oleh PTNP sebagai ibu pejabat bagi memudahkan operasi menjaga dan memantau kawasan hutan simpan terbabit.

"Bangunan itu telah pun mula retak pada 23 September lalu dan tinjauan yang dibuat terhadapnya mendapati kawasan yang rosak 'merebak' sehingga 90 peratus daripada keseluruhan bangunan berkenaan.

"Bahkan bahagian sayap yang dibina bersama bilik-bilik telah runtuh pada 10 November lalu dan tiga hari kemudian seluruh bangunan ini ranap menyembah bumi," katanya.

Selain merosakan kualiti alam sekitar, runtuhan pagi kelmarin itu turut menyebabkan kawasan sekitar Tasik Banding berdekatan berkeladak.

 

 

 

Tarikh
Surat Khabar
Kosmo