Pasukan khas siasat bangunan PTNP runtuh | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

IPOH: Badan Pencegah Rasuah (BPR) Perak sudah menubuhkan pasukan khas bagi menjalankan siasatan menyeluruh termasuk kemungkinan ada unsur rasuah dan penyelewengan berikutan kejadian bangunan milik perbadanan Taman Negeri Perak (PTNP) runtuk di Pulau Banding, dekat Grik, Kelmarin.

Pengarahnya, Samsiah Abu Bakar berkata pasukan itu yang ditubuhkan serta merta semalam akan menjalankan soal siasat terhadap semua pihak yang terbabit  dalam projek berkenaan termasuk kontraktor, perundingan serta pihak yang meluluskan projek terbabit.

"Pasukan khas itu ditubuhkan dalam satu mesyuarat khas yang diadakan pagi  ini (semalam) sebaik saja kami menerima maklumat mengenai kejadian itu.

"Kita akan bekerjasama dengan Jabatan Kerjaraya (JKR) bagi menyiasat dan mengenal pasti jika terdapat sebarang aspek kesalahan atau penyelewengan dalam projek berkenaan selain mengenal pasti punca kejadian sebelum sebarang tindakan diambil," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Dalam kejadian kelmarin bangunan PTNP yang dibina sejak empat tahun lalu runtuh pada jam 8 pagi sebelum ranap sepenuhnya dua jam kemudian.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa berlaku kerana bangunan itu belum diduduki 

Tarikh
Surat Khabar
Harian Metro