ISTEM jaringan lehuh raya di Malaysia telah menyaksikan kawasan-kawasan di sekitarnya mengalami pertumbuhan positif dalam pembangunan ekonomi.
Langkah kerajaan mewujudkan jaringan sistem itu adalah untuk membolehkan rakyat tiba ke destinasi dalam tempoh yang singkat.
Kemudahan itu secara tidak langsung menyaksikan jumlah kenderaan yang menggunakan lebuh raya semakin meningkat sehingga berlaku kesesakan pada waktu tertentu.
Justeru, Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) menubuhkan Pusat Pengurusan Trafik LLM (TMC) yang dirasmikan pada April lalu.
Pusat tersebut membuka dimensi baru dalam meningkatkan lagi aspek pengurusan trafik lebuh raya di samping memperluaskan lagi pelaksanaan Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) di semua lebuh raya selaras dengan hasrat mewujudkan rangkaian lebuh raya yang pintar dengan kemudahan bertaraf antarabangsa.
Aplikasi konsep ITS itu merupakan salah satu jalan penyeleseian terbaik untuk memastikan kelancaran aliran trafik di lebuh raya di samping dapat meningkatkan lagi aspek keselamatan pengguna lebuh raya.
TMC menjadi pusat memantau keadaan trafik di semua lebuh raya yang sedang beroperasi dan menyampaikan maklumat trafik secara terus kepada pengguna lebuh raya.
Melalui konsep ITS, pusat itu mempu untuk mengekstrak data, trafik iaitu memgumpul, menyimpam dan menganalisis maklumat trafik dan seterusnya menyalurkan kepada pengguna lebuh raya melalui pelbagai medium elektronik seperti Papan Tanda Boleh Ubah Berelektronik (VMS), portal web, Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan Sistem Pesanan Multimedia (MMS).
Kemudahan itu membolehkan pengguna lebuh raya mengetahui keadaan trafik sesuatu lebuh raya bagi membantu mereka merancang perjalanan dengan efektif.
TMC mula dibina pada Mac 2005 dengan kos sebanyak RM24 juta selaras dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan kemudahan dan prasarana terbaik bagi pengguna lebuh raya.
Antara matlamat pusat TMC itu ialah:
Menjadi pusat kawal selia dan pemantauan masa nyata bagi msemua rangkaian lebuh raya di bawah bidang kuasa LLM.
Selain itu ia menjadi asas piawaian bagi reka bentuk dan pelaksanaan pusat pengurusan trafik untuk membolehkan kelancaran integrasi fungsi kawalan dan penyeliaan trafik di semua rangkaian lebuh raya.
Menyebarkan maklumat trafik semasa kepada orang ramai khususnya pengguna lebuh raya.
Pusat tersebut yang menggunakan ITS sebagai asas yang mengkoordinasi sistem operasi dan dibangunkan meliputi tiga fasa.
Fasa pertama meliputi langkah mengintegrasi pusat TMC itu dengan lebuh raya LDP, Sprint, NPE, KESAS dan Jambantan Pulau Pinang.
Fasa kedua pula meliputi lebuh raya - lebuh raya Pantai Timur, PLUS. Koridor Guthrie dan pembangunan laman web, SMS dan MMS untuk kegunaan pengunaan lebuh raya.
Fasa terakhir pula melibatkan intergrasi ke lebuh raya SILK. ELITE, Ampang Elevated dan shapadu.
Pusat pengurusan itu dapat memperoleh maklumat trafik secara masa nyata melalui 195 kamera, 88 paparan VMS dan 131 stesen pengesan kenderaan.
Ia juga dibangunkan menggunakan kaedah seni bina terbuka bagi memudahkan integrasi dengan sistem lain pada masa hadapan.
Di samping itu, ia mampu dipertingkat dan diperbesarkan bagi menghubungi lebih banyak pusat kawalan trafik yang lain.
Selain menggunakan Standard Platfom bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dan operasi untuk jangka masa panjang, TMC menggunakan kaedah fleksibel dengan menggunakan sistem dan komponen yang boleh dipertingkatkan berdasarkan kepada keperluan semasa.