Kadar tol enam lebuh raya naik 1 Januari ini | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

KADAR tol di enam lebuh raya naik antara 30 sen dan RM 10.70 sen mulai 1 Januari ini.

Enam lebuh raya itu ialah Lebuhraya Seremban- Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Utara Selatan , Hubungan Tengah (Elite), Lebuhraya Kulim-Butterworth (BKE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia- Singapura (Linkedua), Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru (NNKSB) serta Tambak Johor dan Plaza Bukit Kayu Hitam.

Kadar baru bagi SPD melibatkan Plaza tol Mambau ialah RM 3.20 (naik 30 sen) manakala bagi Plaza Tol Lukut ialah 80 sen (naik 10 sen)

Lebuhraya Elite RM 14.96 sen (naik Rm 1.36 sen), Lebuhraya BKE RM 1.60 (naik 30 sen), Lebuhraya LinkKedua bagi Plaza tol Tanjung Kupang, Johor  RM 1.6 sen  (naik 30 sen) manakala Plaza Tol Lima Kedai pula RM 3.90 (naik 80 sen) dan Plaza Tol Perling RM 2.30 (naik  50 sen)

Lebuhraya NNKSB melibatkan Plaza tol Bukit Raja ialah 60 sen ( naik 20 sen) manakala Plaza Tol Kapar-Bukit Raja RM 1.40 (naik 40 sen) dan Plaza Tol Tambak Johor RM 2.90 (naik 30 sen)

Kadar ini adalah untuk kereta yang diklasifikasikan sebagai Kelas 1

Kali terakhir kerajaan menaikkan tol ialah pada 1 Januari lepas melibatkan lima lebuh raya sekitar Lembah Klang melibatkan kenaikkan antara  30 sen dan RM 1.

Lima lebuh raya ialah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Shah Alam, Lebuhraya Cheras Kajang, Lebuhraya KL-Karak dan lebuhraya Koridor Guthrie.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu ketika mengumumkan perkara  itu disini berkata,, keputusan Jemaah Menteri itu yang diluluskan semalam berkata, enam  lebuh raya itu tidak mempunyai kadar trafik yang tinggi dan tidak melibatkan pengguna yang ramai.

"Secara keseluruhan tidak banyak trafik seperti di Lebuhraya Seremban-Port Dickson dan Elite paling kurang trafik, Link Kedua pula hanya dilalui 16,000 kenderaan sahaja manakala di Tambak Johor kebanyakkannya yang melalui laluan tersebut adalah dari Singapura," katanya.

Berikut adalah kadar kenaikkan tol bagi semua kelas kenderaan di enam lebuh raya itu.

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian