Kadar tol 4 lebuh raya dikekalkan | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

KUALA LUMPUR: Kabinet bersetuju untuk tidak menaikkan kadar tol di empat lebuh raya utama termasuk Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dan Jambatan Pulau Pinang tahun depan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Vellu, berkata berikutan keputusan itu yang dibuat pada mesyuarat kabinet minggu semalam, Kerajaan terpaksa membayar pampasan RM242 juta kepada empat pemegang konsesi berkenaan.

Empat lebuh raya itu, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Ulu Kelang (Prolintas), Lebuhraya Utara Selatan (Plus), Skim Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint)-Kerinchi dan Damansara Link serta Jambatan Pulau Pinang.

Samy Vellu berkata, bagaimanapun, kadar tol enam lebuh raya lain naik mengikut perjanjian konsesi.

 

Tarikh
Surat Khabar
Harian Metro