KL jalan ditutup | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

Kuala Lumpur 11 Dis. - Lalu lintas di ibu negara sesak teruk pada pagi dan tengah hari ini ekoran tindakan pihak polis mengadakan sekatan di kebanyakan jalan bagi menghalang orang ramai daripada menghadiri satu perhimpunan haram di hadapan bangunan Parlimen.

Perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) itu di jadual berlangsung pada pukul 11 pagi ini.

Menurut kenyataan Polis Trafik Kuala Lumpur, sekatan itu bermula pada pukul 6 pagi sehingga 1 petang ini.

Jalan yang terlibat ialah Lebuh Raya Hubungan Seremban-Kuala Lumpur (selepas Plaza Tol Sungai Besi arah utara), Jalan Bangsar, Lebuh Raya Damansra-Puchong (LDP), Lebuh Raya Connought, Kilometer 4.8 Jalan Cheras dan Lebuh Raya Besraya berhampiran Kampung Malaysia.

Laluan turut disekat di Jalan Duta, Jalan Ipoh, depan Balai Polis Kepong, Jalan Pahang (selepas Hospital Kuala Lumpur) dan hadapan bangunan Kereta api Tanah Melahu Berhad (KTMB) menuju pusat bandar raya.  

 

Tarikh
Surat Khabar
Utusan Malaysia