Kuala Lumpur - Kerisauan beratus-ribu pengguna Lebuh Raya Kuala Lumpur - Seremban dan sekitar Lembah Klang yang selama ini berdepan dengan masalah kesesakan lalu lintas yang teruk bakal diatasi.
Ini kerana Lebuh Raya Kuala Lumpur - Putrajaya (KLP) yang dirancang mengatasi masalah itu selain memendekkan masa perjalanan ke ibu kota dan Putrajaya serta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dibuka kepada umum tidak lama lagi.
Kerja pembinaan KLP yang melibatkan 2,600 kilometer (km) dari Bulatan Kampung Pandan ke Putrajaya itu bermula 6Disember 2004 dan berakhir 5 Disember lalu.
Ia bernilai RM1.4 bilion itu dijangka dirasmikan 13 Disember ini dan beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari 2008 kelak.
Tinjauan KOSMO! Di beberapa lokasi LKP mendapati, semua kerja pembinaan disiapkan sepenuhnya selain disediakan garisan kuning bagi keselamatan pemandu selain dua buah plaza tol dibina di Salak Selatan dan di Putrajaya.
Lima persimpangan bertingkat juga dibina sepanjang lebuh raya berkenaan iaitu di Bulatan Kampung Pandan, Salak Selatan, Kuchai Lama, Bukit Jalil dan di Putrajaya selain dua lorong sehala iaitu di Kampung Pandan hingga ke Jalan Lapangan Terbang Lama dan ke Putrajaya.
Lebuh Raya itu dijangka mengurangkan masalah kesesakan di Lebuh Raya Kuala Lumpur - Seremban iaitu di kawasan Lapangan Terbang Tentera Udara Malaysia di Sungai Besi kerana pengguna boleh menggunakan laluan ini ke Cheras dan MRR2 atau ke pusat bandar.
Menurut sumber Lembaga Lebuh Raya Malaysia, kerajaan membiayai kos pembinaan Seksyen 1 iaitu dari Bulatan Kampung Pandan hingga ke Taman Teknologi sejauh 13 km dan juga Persimpangan Bertingkat Putrajaya.
Manakala bagi syarikat konsesi pula diberi amanat menyiapkan projek membiayai kos pembinaan di Seksyen II iaitu melibatkan Taman Teknologi hingga ke Putrajaya yang juga sejauh 13 km.
Lebuh raya sepanjang 26.00 kilometer bermula dari Bulatan Kampung Pandan dan tamat di Putrajaya itu bermula 6 Disember 2004 dan disiapkan 5 Disember lalu. Pelancarannya akan dibuat 13 Disember ini dan dijangka beroperasi sepenuhnya kepada kenderaan umum pada 1 Januari 2008.