Syor lorong kenderaan berat. | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

SHAH ALAM: Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Samy Vellu, berkata beliau akan memohon kepada kerajaa supaya satu lorong khas untuk kederaan berat seperti lori diwujudkan apabila kerja-kerja pembinaan lorong ketiga di Lebuh Raya Utara-Selatan selesai dijalankan.

Buat masa ini kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan bagi membina lorong ketiga Lebuh Raya Utara-Selatan dari Seremban Ke Ayer Keroh dan dari Rawang ke Slim River, katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah Lebuh Raya Kemuning-Shah Alam di Seksyen 24 di sini, semalam.

Beliau berkata, apabila lorong itu disediakan, kenderaan berat perlu menggunakan lorong berkenaan tetapi lorong itu juga boleh di gunakan oleh kenderaan lain.

Pendekatan ini diambil bagi menyelesaikan masalah seperti ?road-hogging? di lebuh raya apabila didapati ada kenderaan berat yang memasuki lorong laju di lebuh raya empat lorong (dua lorong sehala) dan inimenyukarkan kenderaan lain mengunakan lorong berkenaan, katanya.

Mengenai Lebuh Raya Kemuning Shah Alam, beliau berkata, lebuh raya sepanjang 14.7 kilometer (km) yang menelan belanja RM850 juta itu akan disiapkan dalam tempoh 24 bulan atau lebih cepat oleh Projek Lintas Shah Alam Sdn. Bhd.

Lebuh raya baru dengan tiga lorong dua hala itu akan bermula dari Persimpangan Kota Kemuning di Lebuh Raya Kesas dan akan menyeberang kearah timur laut melalui Jalan Bukit Kemuning, Jalan Mantap, Sungai Klang, Bulatan Jubli Perak, Landasan Keretapi Tanah Melayu di Jalan Parang dan Bulatan Selangor ke arah Lebuh Raya Persekutuan (Laluan 2).

Ia juga mempunyi enam persimpangan bertingkat di Kota Kemuning, Jalan Bukit Kemuning, Seksyen 35, Bulatan Jubli Perak, Bulatan Selangor dan Laluan Kedua Lebuh Raya Persekutuan (Laluan 2).

Selain memberi kapasiti tambahan untuk menampung pertambahan lalu lintas, lebuh raya ini bakal mengubah laluan kenderaan serta mengurangkan kesesakan lalu lintas di Jalan Bukit Kemuning,  Persiaran Budiman dan Persiaran Tengku Ampuan Di Shah Alam.

 

 

 

Tarikh
Surat Khabar
Berita Harian