KUALA LUMPUR. - Kos pembinaan kompleks Istana Negara yang baru kini bernilai RM650 juta, meliputi beberapa kerja-kerja tambahan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu semalam.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd. Zin Mohamed berkata, Perubahan harga berlaku kerana kos asal tidak melibatkan kerja-kerja seperti tanah, pembinaan jalan, persimpangan bertingkat, kuarters pekerja istana dan tempat letak kereta bawah bangunan.
Selain itu istana baru ini dilengkapi dengan sistem keselamatan moden, katanya ketika menjawab soalan Abdul Fatah Harun (PAS-Rantau Panjang)
Mohd. Zin berkata, kerajaan memutuskan kerja-kerja tambahan itu perlukan untuk kemudahan tetamu serta pelawat.
Beliau berkata, harga asal RM400 juta yang dipersetujui sebelum ini hanya melihatkan sebuah bangunan istana dan sebuah flat berserta kemudahan bagi Yang di-Pertuan Agong.