PLUS ambil alih KLBK | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

KUALA LUMPUR 18 Dis. ? Pengendali lebuh raya, PLUS Expressway Bhd. (PLUS) memeterai perjanjian jualan saham bersyarat bagi mengambil alih 100 peratus kepentingan dalam Konsortium Lebuhraya Butterworth-Kulim Sdn. Bhd. (KLBK). 

PLUS dalam satu kenyataan berkata, KLBK akan diambil alih daripada MMC Corporation Bhd. bagi pertimbangan tunai sebanyak RM134 juta.

"Cadangan pengambilan ini adalah selaras dengan strategi pertumbuhan dan pengembangan syarikat dalam usaha meningkatkan nilai kepada pemegang saham.

Menurut kenyataan itu, penilaian tersebut juga, dibuat berdasarkan prestasi KLBK masa lalu dan jangkaan pada masa depan.

Selain itu, pengambil alihan itu juga akan melengkapkan operasi PLUS, tambah kenyataan itu.

KLBK merupakan syarikat konsesi untuk Butterworth-Kulim Expressway (BKE) yang mendapat persetujuan konsesi pada 28 Jun 1994 daripada kerajaan.

Syarikat itu bertanggungjawab mereka, membina, mengurus dan menyenggara BKE sepanjang 17 kilometer dari Kulim ke Seberang Perai untuk tempoh konsesi selama 32 tahun yang akan berakhir pada 27 Jun 2026.

Tarikh
Surat Khabar
Utusan Malaysia