TAMAN INDAH PERDANA - Penduduk di sini tidak lagi hidup dalam kabimbangan kerana setelah lebih setahun menanti, akhirnya besi pengadang yang dicabut ketika kerja pembaikan Jalan Lingkaran Tengah (MMR) dekat sini dipasang semula.
Pengerusi MCA Cawangan Taman Indah Perdana, Chong Sock Guan mengucapkan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang memasang semula pengadang besi itu.
"Sejak setahun lalu, penduduk berdekatan jalan ini sentiasa dalam keadaan khuatir selepas berberapa kemalangan membabitkan kereta terbabas kedalam longkang di kawansan berkenaan.
"Bagaimanapun, setakat ini mangsa yang terbabit bernasib baik dan tiada kehilangan jiwa berlaku,"katanaya.
Ahli Majlis MPS, Johnson Ooi Chin Hong ketika ditemui selepas lawatan ke tapak berkenaan berkata, pengadang besi sepanjang 300 meter itu disiapkan lebih sebulan lalu.
"Selepas ini diharap isu ketiadaan pengadang besi ini tidak ditimbulkan lagi .
"Masalah ini agak mengambil maas berikutan pihak bertanggungjawab terpaksa menunggu peruntukan daripada kerajaan negeri untuk memperbaikinya,"ujarnya.
Beliau ditemui selepas lawatan ke tempat pemasangan pengadang besi berkenaan yangturut disertai penduduk dan ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer, Datuk Ahmad Bhari Abd Rahman