Kos bahan mentah naik gugat industri pembinaan | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

Koridor pembangunan ekonomi terjejas joka kerajaan tak beri insentif KOS pembinaan yang dijangka meningkat hingga 15 peratus tahun depan akan menjadi cabaran utama bagi industri pembinaan tempatan, di sebalik pelbagai langkah dilaksanakan untuk memaju dan meningkatkan pertumbuhannya.

Jangkaan itu susulan kenaikan berterusan harga minyak serta harga bahan binaan utama seperti besi dan simen, selain pelaksanaan Mekanisme Penetapan Harga Automatik (APM) bagi simen yang dujadualkan bermula 1 Januari ini.

Justeru, Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) serta Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM) membantah pelaksanaan APM bagi simen kerana ia adalah komponen penting dalamindustri pembinaan dan sebarang kenaikan dalam harga akan menjejaskan industri berkenaan.

Mereka berkata, kos tambahan bagi simen adalah sesuatu yang tidak wajar dan langkah itu hanya akan memberi faedah kepada pengeluar.

"Kenaikan kos komponen binaan yang lain menyebabkan kenaikan dalam harga hartanah, justeru, pembeli rumah akan terus dibebani dengan pelaksanaan APM ini." kata mereka dalam satu kenyataan.

Seorang penganalisi industeri pembinaa, berkata harga bahan mentah untuk industri pembinaan yang tinggi masih menhantui peserta industri, walaupun pelbagai usaha dan insentif diwujudkan kerajaan.

Katanya, pengenalan koridor pembangunan ekonomi seperti Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), Koridor Ekonomi Utara (NCER) dan Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER) serta Pelan Induk Industri Pembinaan negara (CIMP) oleh kerajaan, bakal memberi nafas baru kepada pertumbuhan industri pembinaan negara, tetapi kenaikan kos bahan mentah boleh menjejaskan industri berkenaan.

"Kontraktor dan pemaju perumahan mula merasai kesan kenaikan kos untukbahan asas pemninaan serta kos pengangkutan berikutan harga minyak tinggi," katanya.

Industri pembinaan diunjurkan berkembang pada kadar 3.5 peratus setahun dalam tempoh RancanganMalaysia kesembilan (RMK-9), pertumbuhan lebih menggalakkan berbaning 0.5 peratus dalam rancangan Malaysia sebelumnya.

Pertumbuhan itu akan disokong pelaksanaan pelbagai projek infrastruktur serta pembangunan kediaman dan komersial  dalam RMK-9 yang membabitkan tempoh lima tahun bermula 2006 hingga 2010.

Walaupun sektor pembinaan dijangka tidak mampu mengulangi pencapaian terbaiknya dengan pertumbuhan 13.4 peratus bagi tempoh 1996-1997, sasaran pertumbuhan 3.4 peratus pada RMK-9 itu tetap menjanjikan masa depan cerah untukindustri berkenaan.

Kerajan berharaf mewujudkan projek bernilai lebih RM145 bilion dalam industri berkaitan pembinaan menerusi dana terus daripada kerajaan, inisitif seasta tajaan kerajaan negeri dan insentif sektor seasta.

Perdana Menteri Badawi, Berkata keutama tahun ini ialah pelaksanaan RMK-9 dan kerajaan bersedia untuk melabur RM220 Bilion(termasuk RM20 bilion dalam projek inisiatif pembiayaan kewangan swasta) untuk tempoh lima tahun akan datang.

Antaranya, ialah projek pembangunan infrastruktur termasuk projek landasan kereta api berkembar Rawang-Ipoh dan dipanjangkan dari Ipoh-Padang Besar bernilai RM15 bilion, Projek kereta api laju antara Kuala Lumpur dan Singapira bernilai RM8 bilion, projek empangan hidro elektrik Bakun bernilai RM3.3 biliondan projek Lebuh Raya Pantai Barat bernilai RM3.1 bilion.

Bagi pehak swasta pula, lebih RM13 bilion nilai kontrak diwujudkan.

Satu lagi aspek bakal merangsang pertumbuhan industri pembinaan ialah pelancaran CIMP oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, 10 Disember lalu.

Tarikh
Surat Khabar
Berita Harian