Jalan Shah Alam-Puncak Alam naik taraf | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

SEKSYWN U10 - Kerja-kerja menaik taraf Jalan Shah Alam-Puncak Alam yang curam dan berisiko kepada pengguna gita dilaksanakan termasuk melebarkan bahagian kanan dan kiri jalan.

Pemangku Jurutera Jalan Jabatan Kerja Raya(JKR) Petaling, Jumayob Haron berkata, kos menaik taraf  itu yang dianggarkan bernilai ratusan ribu ringgit dibiayai bersama tiga pemaju taman perumahan berdekatan dan dijangka siap dalam tempoh setahun.

Katanya, tiga pemaju berkenaan iaitu Sunway Alam Suria, Centralfields dan Central Challenger, merupakan pemaju taman perumahan Sunway Alam Suria, NusaRhu, Puncak Perdana dan Resak.

"Jalan ini terpaksa di naik taraf kerana peningkatan aliran trafik di simpang empat  di situ berikutan pembukaan beberapa taman perumahan baru.

"Ia dibiayai bersama oleh tiga pemaju manakala JKR hanya memantau kerja menaik taraf tersebut supaya mengikut piawaian pelan yang diluluskan pihak kami,?katanya ketika dihubungi semalam.

Jalan Shah Alam-Puncak Alam ketika ini mempunyai struktur yang curam bermula dari arah jalan belakang Kayangan Heights menghala ke laluan masuk taman perumahan NusaRhu, Puncak Perdana dan Perdana Heights.

Keadaan itu menyebabkan kerap berlaku kemalangan termasuk melibatkan kematian.

Tinjauan semalam mendapati, kontraktor projek menaik taraf jalan tersebut menggunakan tiga jengkaut untuk melebarkan jalan di situ dan kerja turut diteruskan meskipun hujan lebat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Datuk Ahmad Nawai M. Zin berkata, sebanyak RM1.6 juta diperuntukkan untuk kos penyediaan lampu isyarat dan pembaikan jalan itu.  

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian