Lencongan sementara di LEKAS | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

KUALA LUMPUR- Lebuh raya Kajang- Seremban Sdn Bhd. (LEKAS) akan membuat satu lencongan trafik sementara di Jalan Semenyih-Bangi Lama selepas lima hari bermula 27 Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LEKAS, Neoh Soon Hiong berkata, kerja-kerja membuat lencongan itu bermula 8.30 pagi hingga 6.30 petang setiap hari.

"Lebuh raya ini juga akan dinaik taraf termasuk kerja pemasangan rasuk jambatan dan paip pembentungan supaya dapat memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya kelak," katanya pada satu kenyataan media di sini semalam.

Sehubungan itu,menurut Sooh, bagi pengguna yang ingin mendapatkan maklumat lanjut atau membuat aduan meraka boleh menghubungi terus talian 03-77838800  

 

Tarikh
Surat Khabar
Kosmo