Jejantas: LLM tunai janji | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

GOMBAK 9 Jan.- Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan mengotakan janjinya kepada para penduduk Taman Koperasi Polis Fasa 2, Taman Melewar dan kawasan sekitarnya untuk membina jejantas yang mempunyai laluan sikal.

Ketua pengarahnya, Datuk Ir. Mohamad Razali Othman berkata, laluan sikal tersebut akan dibina dalam masa terdekat ini bagi memberi kemudahan kepada penduduk tersebut.

"Kami akan membina lalaun sikal tersebut seperti yang dipersetujui sebelum ini bagi memberi kemudahan kepada penduduk terbabit terutamanya kanak-kanak sekolah untuk menyeberang lebuh raya tersebut.

"Kami akan berbincang dengan pemaju Lebuh Raya Damansara-Hulu Klang (DUKE) supaya pembinaannya dapat dimulakan segera," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan Utusan Malaysia mengenai tuntutan penduduk Taman Koperasi Polis Fasa 2 dan Taman Melewar terhadap LLM supaya membina jejantas yang mempunyi laluan sikal seperti yang dijanjikan.

Penduduk mendakwa, jejantas yang disediakan tidak menepati cirri-ciri yang dipersetujuai kedua-dua pihak sebelum ini, selain dibina jauh daripada lokasi asal jejantas lama.

Selain itu, penduduk juga mengadu masalah jalan yang berlopak-lopak dan berbatu-batu sehingga menyukarkan penduduk untuk menggunakan jejantas tersebut.

Mohamad Razali seterusnya berkata, keadaan jalan yang tidak rata serta berbatu itu berlaku kerana kawasan tersebut masih lagi dalam pembinaan.

Katanya, masalah itu akan selesai apabila Lebuh raya itu siap sepenuhnya kelak dan beliau berharap penduduk dapat bersabar.

Mengenai kedudukan jejantas yang jauh dari yang lama, beliau berkata, ia tidak dapat dibina berdekatan dengan sekolah kerana lokasi yang tidak sesuai.

"Saya harap penduduk berpuas hati dengan penjelasan LLM ini dan dapat memanfaatkan sepenuhnya jejantas tersebut," katanya.

 

Tarikh
Surat Khabar
Utusan Malaysia