Penduduk mohon bina jejantas berhampiran sekolah | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

SRI ANDALAS- Penduduk di kawasan berhampiran Sekolah  Menengah Sri Andalas dan sekitarnya mengharapkan pihak berkaitan membina jejantas kerana kawasan tersebut sering berlaku kemalangan.

Menurut Zuraida Azid, 48 penduduk sudah lama membuat permohonan untuk membina jejantas di kawasan tersebut.

"Penbinaan jejantas tersebut sedikit-sebanyak memberi keselesaan kepada penduduk di sini terutamanya pelajar serta pejalan kaki.

"Jejantas itu juga akan memudahkan ibu bapa menghantar dan mengambil anak-anak serta dapat mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas terutamanya di waktu puncak, katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Tambahnya, pelajar sekolah, pejalan kaki terpaksa menggadaikan nyawa mereka kerana kenderaan yang melalui kawasan ini tidak peka terhadap keselamatan pengguna lain.

"Walaupun bonggol serta garisan kuning telah disediakan tetapi kebanyakan pemandu memandu terlalu laju tanpa memikirkan pengguna jalan raya yang lain," katanya.

Sementara itu, Mohd  Rosdi Palil, 43, pembinaan jejantas berkenaan dapat melindungi keselamatan nyawa pelajar-pelajar di sini setiap hari.

"Saya amat berharap agar pihak berkaitan akan dapat mengkaji permintaan ini kerana ia adalah kebaikan bagi semua pihak." katanya.

Tambahnya, jejantas yang akan dibina ini diharapkan boleh dilalui oleh kenderaan ringan seperti motosikal dan basikal kerana penungggang motosikal dan basikal paling berisiko terlibat dalam kemalangan.

"Sebelum  ini banyak kemalangan berlaku di kawasan ini terutamanya yang melibatkan para-pelajar kerana kenderaan yang melalui jalan ini kebanyakan memandu dengan laju.

"Selain itu, saya juga ingin mencadangkan supaya simpang berhadapan sekolah ini dibina lampu isyarat bagi melancarkan pergerakan terutamanya diwaktu pagi dan petang," ujarnya lagi.

Sehubungan itu, penduduk mengharapkan agar pihak berkenaan mengkaji serta meneliti permohonan untuk membina jejantas bagi kemudahan orang ramai di kawaan ini. 

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian