Prasarana serba lengkap di johor Bahru menjelang 2010 | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

Menjelang tahun 2010 warga wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) dan penduduk Johor Bahru khususnya akan menikmati kemudahan prasarana yang serba lengkap dan selesa berikutan langkah kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM 4.9 bilion.

Peruntukan tersebut adalah untuk membiayai pembinaan 18 projek yang melibatkat pembinaan jalan baru dan menaik taraf  jalan-jalan utama  termasuk di sekitar  Bandar raya Johor Bahru, Senai, Kulai, Pasir Gudang, Gelang Patah, Hulu Tiram dan Pasir Gudang.

Peruntukkan itu adalah bagi membina 18 projek yang melibatkan  pembinaan jalan baru dan menaik taraf jalan yang sedia ada di sekitar wilayah tersebut.

Sebahagian besar projek-projek berkenaan telah siap dan sebahagian daripadanya masih dalam pembinaan yang  pada keseluruhannya menjelang 2010 segenap warga Bandar raya ini akan menikmati kemudahan dan jalan raya yang selesa dan selamat.

Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Abdul Ghani Othman menjelaskan, projek-projek berkenaan ialah Persimpangan Pandan yang menghubungkan Johor Bahru-Kota Tinggi, melibatkan kos RM 60 juta.

"Apa yang menarik mengenai jalan itu ia dapat melancarkan perjalanan yang dating dari empat arah iaitu dari Bandar raya Johor Bahru, Pasir Gudang, Skudai dan Kota Tinggi," katanya

Pembinaan 

Mengenai pembinaan Jalan Skudai- Johor Bahru dengan kos RM47 juta yang telah siao September lalu, kewujudannya telah menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang selama ini menghantui ratusan ribu kenderaan yang melalui jalan itu.

Abdul Ghani berkata ,kerajaan juga telah membina dan menaik taraf Jalan Tebrau-Johor Bahru daripada dua aras kepada tiga aras melibatkan kos RM 22 juta dan telah siap pada Disember lalu.

"Masalah kesesakan di persimpangan ke Taman,Perling akan dapat diatasi apabila siapnya  persimpangan bertingkat bernilai RM210 juta yang dijangka siap pada Ogos akan datang," katanya.

Selain itu katanya, bagi memudahkan laluan ke Nusajaya yang terdapat pusat pentadbiran kerajaan negeri  yang baru, taman perumahan, industri berteknologi tinggi, pusat perniagaan dan Pelabuhan Tanjung Pelepas kerajaan akan membina jalan masuk menerusi Laluan Kedua yang melibatkan kos RM 115 juta.

Katanyanya, jalan itu yang mengandungi tiga lorong bagi dua dijangka siap sepenuhnya pada September 2009.

Tambah Abdul Ghani, bagi mereka yang dating dari arah  Senai pula kerajaan  akan membina lebuh raya sepanjang 77 kilometer dari Senai-Pasir Gudang-Desaru yang melibatkan kos RM1.4 bilion.

"Kerja-kerja pembinaan sedang rancak dilakukan  yang mana kita menjangkakan pembinaan lebuh raya itu akan memberi kesan besar terhadap pembangunan wilayah berhampiran khasnya Kota Tinggi, Desaru dan Pengerang.

"Kita juga mengamil kira kesesakan lalu lintas bagi mereka yang tinggal di kawasan Permas Jaya dan kawasan berhampiran seperti Plentong di mana kita akan membina jambatan kedua yang melibatkan kos RM190 juta," katanya.

Katanya, projek-projek lain ialah menaik taraf jalan Hulu Tiram-Kota Tinggi kepada empat empat lorong, dengan kos RM 60 juta dan membina Laluan Penyuraian Timur (EDL) di Kompleks Kastam,Imigresen dan Kuarantin (CIQ), melibatkan kos RM 977 juta dan siap pada  Disember 2010.

Jelas Abdul Ghani, pihaknya turut  memberikan perhatian terhadap jalan di Bandar di mana telah menaik  taraf Jalan Abu  Bakar-Skudai melalui Pantai Lido kepada enam lorong, menelan  kos RM 20 juta dan menaik taraf Jalan Yahya Awal, dengan kos RM30 juta.

Pada keseluruhan jelas Abdul Ghani kemudahan prasarana yang saling lengkap itu akan  memberi kesan besar terhadap pembangunan dan kemajuan WPI 

Tarikh
Surat Khabar
Utusan Malaysia