Bangunan baru akan dibina | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

JALAN TEPI SUNGAI - Penantian hampir lima tahun ibu bapa dan guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)  Jalan Tepi Sungai untuk memdapatkan bangunan sekolah yang baru kini berakhir apabila kerajaan megumumkan pembinaan bangunan baru akan dijalankan tidak lama lagi.

Pembinaan bangunan sekolah yang baru itu adalah untuk mengantaikan bangunan sekolah lama yang uzur dan roboh hampir enam tahun lalu, serta sebuah lagi blok sekolah menempatkan empat kelas yang hampir musnah kerana kebakaran tahun lalu.

Berita gembira tersebut disampaikan sendiri oleh Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran P. Komala Devi bersama Exco Kerajaan Negeri Selangor, Kamala Ganapathy pada satu majlis sidang media di sekolah itu di sini, semalam.

Kami amat menghargai sikap ibu bapa dan guru yang banyak bersabar serta memahami kesulitan yang terpaksa dihadapi sehingga menyebabkan kelewatan pembinaan bangunan sekolah yang baru sebelum ini.

"Beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan menyebabkan kelewatan ini berlaku dan salah satunya adalah kerana kami terpaksa menunggu keputusan ujian tanah (soil test) dari memastikan keadaan tanah benar-benar sesuai untuk kerja-kerja  pembinaan" ujar Komala.

Katanya, beliau juga amat berterima kasih kepada Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Pelajaran Malaysia yang memberi peruntukan sebanyak RM1 juta untuk menampung kos pembinaan bangunan tersebut.

Katanya lagi, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Komiti Pembinaan Bangunan sekolah tersebut melakukan pelbagai usaha serta berjaya mengutip bantuan dari pelbagai pihak berjumlah RM100,000.

"Saya harap denagan siapanya bangunan sekolah tiga tingkat ini kelak akan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih baik dan dapat meningkatkan prestasi pelajarnya," ujarnya.

Menurut Kamala yang mewakili kerajaan negeri pula, pihak JKR juga menyiapkan laporan ujian tanah dan melantik kontraktor berkelayakan yang akan mula menjalankan kerja-kerja pembinaan.

"Semua jenis kelulusan yang diperlukan dari JKR, kami terima dan urusan pembinaan oleh kontraktor yang dilantik akan dimulakan secepat mungkin iaitu selewat-lewatnya minggu depan.

"Proses menjalankan ujian tanah sebenarnya mengambil masa yang agak panjang, oleh itu sedikit sebanyak mengakibatkan kelewatan dalam pembinaan bangunan sekolah yang dijanjikan selama ini," jelasnya.

Tambahnya, bangunan tersebut dijangka siap pada awal 2009 dan akan menyediakan enam buah kelas, tadika, kantin, bilik sumber, ruang pejabat dan bilik guru, bilik kemahiran hidup, makmal sains serta bilik komputer.

"Kami amat bersimpati dengan nasib 158 pelajar dan guru yang terpaksa menumpang di stor Majlis Perbandaran Klang (MPK) untuk belajar selama ini serta keadaan ini pasti akan berubah pada tahun depan apabila bangunan itu siap kelak," katanya.

Turut hadir pada sidang media semalam ialah Jurutera Daerah JKR Daerah Klang, Ihsan Atan, Pengerusi PIBG, M. Valiyedam, dan Pengerusi Komiti Pembinaan Bangunan Sekolah Ananda Krishnan.

Selain itu, Pegawai Penilaian Jabatan Penilaian Harta MPK, Faizah Md. Noh dan wakil pejabat Menteri Besar Selangor, Tengku Imann Suraiya Tengku Abudllah turut hadir

 

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian