KUALA LUMPUR - Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (Smart) yang ditutup selama empat hari sejak Sabtu lepas akan dibuka semula kepada lalu lintas mulai pukul 5 petang semalam.
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pembangunan) Lembaga Lebuhraya Malaysia, Ir. Ismail Md. Salleh berkata, hasil pemeriksaan dan perbincangan bersama pengurusan Smart mendapati, terowong itu sudah berada dalam keadaan baik untuk dibuka kepada lalu lintas.
"Lembaga Lebuhraya Malaysia berpuas hati dengan semua persiapan yang telah dilaksanakan sejak terowong itu ditutup bagi mengelakkan lebihan air sungai akibat hujan lebat membanjiri ibu kota," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Laluan kenderaan di terowong sejauh tiga kilometer itu yang selama ini menjadi alternative kepada warga kota, ditutup bagi membolehkan penyaluran air ke kolam-kolam takungan.