Kontraktor kelas F tarik nafas lega | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

KUALA LUMPUR 16 April - Hampir 40,000 kontraktor kelas F yang sukar mendapat projek, kini menarik nafas lega berikutan pengumuman Kementerian Kerja Raya untuk mengagihkan 10 peratus daripada semua projek berharga melebihi RM10 juta kepada mereka.

Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Kuala Lumpur (PerkobF-KL), Ahmad Awang berkata, Langkah ini dapat menyelamatkan lebih ramai kontraktor kategori itu yang 'tenat'daripada gulung tikar.

Menurut beliau, pihaknya telah mengperjuangkan perkara itu sejaktahun 2002 selepas hamper keseluruhan ahli persatuan sukar mendapat projek berbanding kontraktor kelas A.

"Kita berasa sungguh gembira dengan pengumuman Kementerian Kerja Raya itu dan menyokong tindakan tersebut kerana kami turut diberi peluang dalam usaha memajukan industri pembinaan Negara," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ahmad berkata demikian ketika mengulas pengumuman Menteri Kerja Raya, Datuk IR. Mohd Zin Mohamed hari ini yang memaklumkan sebanyak 10 peratus daripada semua projek berharga melebihi RM10 juta yang dilaksanakan oleh kementerian akan diagihkan kepadakontraktor kelas F.    

 

 

 

Tarikh
Surat Khabar
Utusan Malaysia