Peluang dapat kontrak RM 10 juta | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

KUALA LUMPUR-Bermula semalam kesemua kira-kira 17,000 kontraktor kelas F berperluang mendapat semua kontraktor di bawah Kementerian Kerja Raya yang bernilai RM10 juta ke atas

Malah kementerian tersebut sudah mengeluarkan surat tawaran untuk 1,000 syarikat kontraktor bagi kelas tersebut yang melibatkan projek bernilai RM220 juta.

Menterinya, Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed berkata, arahan tersebut bertujuan untuk memastikan kontraktor kelas F yang aktif di seluruh negara mendapat projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan.

"Sebelum ini kontraktor kelas F Cuma layak mendapat projek bernilai RM2000,000 ke bawah sahaja," katanya  menerusi satu kenyataan di sini semalam.

Jelas Mohd Zin, kementerian akan turut mewujudkan satu makanisme khusus untuk memastikan kontraktor utama membayar kontraktor kelas F yang terlibat dalam sesuatu projek.

Sehingga kini 12 kontraktor utama sudah dipilih untuk melaksanakan kontrak bernilai RM131 juta sementara selebihnya akan  diluluskan kemudian.

Ia melibatkan Terengganu (RM70.6 juta), Sabah (RM37 juta), Selangor (RM12.3 juta), Negeri Sembilan (RM5.23 juta), Kuala Lumpur (RM4.02 juta), Kelantan (RM1.9 juta) dan Perak (RM 1.9 juta)

 

 

Tarikh
Surat Khabar
Kosmo