Banjir kilat terus hantui warga kota | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

Walaupun pembinaan terowong SMART dikatakan mampu meneyelesaikan masalah banjir kilat di Kuala Lumpur, tetapi hujan yang turun dengan lebat sejak dua hari kebelakangan ini tetap mendatangkan masalah kepada ribuan warga kota di sekitar Kuala lumpur dan Selangor.

Keadaan banjir bukan sahaja berlaku di kampung, malah juga di jalan utama, dan tempat letak kereta. Dengan keadaan hujan yang hanya turun dua hingga tiga jam, ia sudah cukup untuk menimbulkan pelbagai masalah yang menggangu aktiviti harian penduduk.

Nampaknya masalah banjir kilat ini masih belum ada jalan penyelesaian yang konkrit. Sampai bilakah warga kota akan terlepas daripada bencana ini.

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian