Had muatan kenderaan naik 12 tan | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya memutuskan berat muatan bagi setiap gandar kenderaan perdagangan di Jalan Persekutuan yang kini ditetapkan pada sembilan tan, ditambah kepada 12 tan selepas kajian mendapati rangkaian sedia ada mampu menanggungnya. 

Menteri Kerjaraya, Datuk Mohd Zin Mohamed, berkata keputusan yang akan berkuat kuasa sebaik diwartakan dalam masa terdekat itu, dibuat berikutan selesainya proses naik taraf jalan dan baik pulih jambatan seluruh negara bagi menampung penambahan beban itu. 

"Kita dapati kebanyakan jambatan berusia lebih 50 tahun yang tidak selamat bagi menampung muatan berlebihan kini sudah dibaiki serta dinaik taraf. Di lebuh raya tiada masalah kerana ia mampu menampung berat sehingga 13 tan. 

Pada sidang media selepas mesyuarat pasca Kabinet di pejabatnya, di sini semalam, beliau berkata, pengurangan kos pengangkutan ini sudah tentu menyumbang kepada penurunan harga barangan yang diangkut walaupun harga minyak kekal tinggi, sekali gus memanfaatkan rakyat yang kini menghadapi kenaikan harga barang keperluan. 

Tarikh
Surat Khabar
Berita Harian