KESAS tutup dua lorong di KM 30.60 | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

KUALA LUMPUR- Dua lorong di kilometer 30.60 Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) ke arah timur (Klang-Kuala Lumpur) akan ditutup sementara bermula pukul 11 malam esok hingga 6 pagi Ahad.

Menurut kenyataan kesas semalam, penutupan itu disebabkan kerja-kerja pelebaran jalan dan untuk memastikan kelancaran aliran trafik.Ekoran itu para pengguna dikehendaki memandu dengan berhati-hati dan mengikut papan tanda yang disediakan serta mematuhi laluan.

Untuk maklumat lanjut hubungi talian 03-56337188 atau layari laman web www.kesas.com.my

 

Tarikh
Surat Khabar
Kosmo