Grand Saga tuntut ganti rugi robohkan tembok | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

BANDAR MAHKOTA CHERAS - Grand Saga Sdn. Bhd. (Grand Saga) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kesemua pemilik kenderaan dan jentera berat yang terlibat dalam kejadian merobohkan tembok penghadang jalan pada 21 April yang lalu.

Syarikat konsesi lebuh raya Cheras-Kajang sepanjang 11.5 km itu menuntut bayaran ganti rugi terhadap kerugian dan kerosakan yang dialamiakibat tindakan tersebut dan notis tuntutan itu akan dibuat melalui peguam yang dilantik.

Pengarah Eksukutif Grand Saga, Zainal Abidin Ali,berkata akibat daripada tindakan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang terlibat itu, pihaknya telah mengalami kerugian serta kerosakan dan menuntut ganti rugi daripada kesemua pihak yang  terlibat ketika kejadian.

Katanya, satu laporan polis juga turut dibuat mengenai kejadian itu dan segala tuntutan ganti rugi akan dihantar menerusi peguam yang telah dilantik oleh pihak Grand Saga.

"Akibat daripada tindakan merobohkan tembok penghadang jalan yang kami letakkan ditempat berkenaan, pihak kami telah mengalami kerugian serta kerosakan dan kami menuntut ganti rugi daripada semua pihak yang terlibat pada waktu itu.

"Pihak kami telah melantik peguam bagi menuntut bayaran ganti rugi terbabit dan notis tuntutan akan diserahkan kepada kesemua pemilik  kenderaan dan jentera berat yang terlibat merobohkan tembok penghadang terbabit," katanya pada siding media yang diadakan di Wisma Grand Saga di sini, semalam.

Dalam kejadian 21 April itu, sekumpulan penduduk Bandar Mahkota Cheras telah bertindak merobohkan tembok penghadang yang diletakkan pemaju dengan jentera berat bagi membolehkan mereka menggunakan laluan tersebut.

Isu jalan Bandar Mahkota Cheras yang tidak dibuka sejak siap dibina pada Oktober 2005 berlanjutan sejak beberapa tahun dan penduduk di kawasan itu telah membuat pelbagai cara agar jalan itudibuka termasuk mengadakan demonstrasi, tanda tangan bantahan serta bertemu dengan menteri berkaitan tetapi masih menemui jalan buntu.

Ketika mengulas mengenai sikapGrand Saga yang berdiam diri ketika kejadian dan juga selepas tembok penghadang itu dirobohkan, Zainal menyatakan bahawa pihaknya sengaja tidak mahu menghangatkan lagi keadaan yang telah sedia panas.

Malah katanya, ini kerana Malaysia mempunyai undang-undangnya sendiri jadi, tidak perlu perkara tersebut diheboh-hebohkan kerana beliau yakin dan percaya dengan undang-undang sedia ada selain ingin mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.

"Tidak perlu bagi saya untuk meriuhkan lagi keadaan yang sedia kecoh kerana Negara ini mempunyai undang-undang jadi apa yang perlu dilakukan adalah mengikut system perundangan yang ditetapkan.

"Saya yakin dan percaya bahawa pihak kami berada dipihak kami berada dipihak yang benar kerana tembok tersebut adalah di bawah kawasan milik Grand Saga,"katanya. 

 

 

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian