Kami tidak berganjak dari sini | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

KAJANG - "Kami tetap akan 'berkampung' di sini sehingga pihak berwajib menyelesaikan masalah kami."

Demikian nekad penduduk Taman Bukit Mahkota di sini yang berkumpul semula selepas mengetahui syarikat konsesi Grand Saga Sdn. Bhd. berhasrat menutup kembali laluan tersebut.

Malah mereka mendirikan khemah bagi memastikan pemantauan dapat dilakukan setiap masa sehingga masalah itu ada jalan penyelesaiannya.

Menurut seorang penduduk, Abdul Latif Sabur, 72, (gambar) rata-rata yang berkumpul di situ sebagai tanda menyokong tindakan membuka semula jalan alternatif itu.

"Jalan ini memudahkan penduduk untuk ke bandar, tapi apa yang dikesalkan penutupan jalan ini hanya akan menyukarkan kami.

"Buat apa ada jalan siap dan lampu isyarat berfungsi dua tahun lalu, tetapi dihalang oleh batu konkrit. Apa faedah- nya?" katanya kepada Kosmo! di sini malam kelmarin.

 

 

Tarikh
Surat Khabar
Kosmo