Kemelut jalan Bandar Mahkota Cheras belum selesai | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

KAJANG - Harapan penduduk Bandar Mahkota Cheras (BMC) untuk mengetahui keputusan status tanah di mana pengadang jalan diletakkan oleh Gran Saga Sdn. Bhd. Sejak 2005 tidak kesampaian apabila keputusan juru profesional yang dibentangkan petang semalam tidak lengkap.

Juru ukur yang dilantik oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)itu memberikan alas an tempoh masa yang diberikan kepadanya tidak mencukupi untuk mendapatkan maklumat lengkap dari Grand Saga Sdn. Bhd., Pejabat Tanah, Pemaju iaitu Nara Jaya dan Pihak-pihak lain.

Bagaimanapun juru ukur berkenaan menyatakan pihaknya mendapati Right of Way (ROW) atau hak untuk menggunakan jalan tersebut adalah di bawah Grand Saga Sdn. Bhd.

Penduduk yang menanti sejak Isnin lalu untuk mengetahui status sebenar tanah berkenaan kecewa dan mula mempersoalkan ketulusan pihak yang berkenaan untuk menyelesaikan masalah mereka.

Bagaimanapun mereka ditenteramkan oleh Exco Tetap Kerajaan oleh Exco Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Negeri, Ronnie Liu dengan memberikan tempoh hingga Rabu minggu hadapan untuk juru ukur berkenaan membentangkan keputusan yang lengkap.

Ronnie turut mengarahkan MPKj untuk melantik seorang lagi juru ukur professional untuk mendapatkan pandangan ke dua.

"Saya  berharap penduduk akan lebih bersabar dan menunggu hingga Rabu hadapan untuk satu keputusan yang lebih konkrit.

?Saya turut kecewa dengan pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia(LLM) yang tidak memberikan jawapan relevan semasa pertumuan pada Jumaat lepas.

"Namun,LLM telah fakskan surat kepada Yang Dipetuan MPKj, Datuk Hasan Nawawi Abdul Rahman yang menyatakan tanah itu milik Kerajaan Persekutuan dan MPKj atau Kerajaan Negeri terpaksa membayar ganti rugi jika berlaku kebocoran dalam tol jika pengadang tersebut dibuka,?katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mengenai masalah berkenaan yang turut dihadiri penduduk, wakil rakyat dan ahli-ahli parlimen.

Menurutnya, penduduk diharap jangan menyalahkannya kerana beliau hanya menjalankan tugas.

"Saya harap isu ini dapatdiselesaikan secara aman dan jika benar jalan berkenaan berada diatas tanah milik Kerajaan Persekutuan ia akan menjad tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk meminta Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah ini,"jelas nya.

Beliau turut meminta Hasan menulis surat kepada pihak polis untuk memohon bantuan pihak berkuasa itu mengawal lalu lintas di jalan yang tidak teratus system trafiknya itu termasuk surat kepada pihak Grand Saga Sdn. Bhd. Untuk tidak melakukan sebrang tindakan seperti mengugut untuk meletakkan penghalang di jalan tersebut sehingga keputusan yang sebenar dicapai.

Terdahulu dalam kejadian awal pagi semalam, penduduk BMC di kejutkan dengan kehadiran beberapa kenderaan polis pada jam 8 pagi yang diletakkan untuk menghalang laluan tersebut.

Ini menyebabkan keadaan menjadi sesak dengan kenderaan dan penduduk mula berkumpul untuk menunjukkan rasa tidak puas hati mereka.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Way berjaya menyelesaikan masalah berkenaan apabila beliau menghubungi Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Shakarudin Che Mood dan berjaya membuka jalan berkenaan pada jam 9.50 pagi.        

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian