Had muatan komersial 12 tan | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

KUALA LUMPUR 23 April - Kabinet hari ini meluluskan kenaikan had muatan kenderaan komersial yang menggunakan Jalan Persekutuan di seluruh negara kepada 12 tan berbanding 10 tan sebelum ini, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed.

Beliau berkata ia berkuatkuasa dalam tempoh dua minggu dari sekarang, iaitu selepas digazetkan.

"Cadangan untuk menaikkan had axle load (had muatan) daripada 10 tan kepada 12 tan dibuat selepas mengambil kira pembaikan dan penaiktarafan jambatan di sekitar jalan Persekutuan yang sedia ada.

"Penaiktarafan jambatan di sekitar jalan Persekutuan akan menyenangkan lagi perjalanan pemandu kenderaan komersial untuk membawa muatan lebih," kata Mohd. Zin kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.

 

 

Tarikh
Surat Khabar
Utusan Malaysia