KUALA LUMPUR-Kabinet semalam meluluskan kenaikan had muatan kenderaan komersial yang menggunakan Jalan Persekutuan di seluruh negara kepada 12 tan berbanding 10 tan sebelum ini, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed.
Beliau berkata, ia berkuatkuasa dalam tempoh dua minggu dari sekarang,iaitu selepas digazetkan.
"Cadangan untuk menaikkan had 'axle load' (had muatan) daripada 10 tan kepada 12 tan dibuat selepas mengambil kira pembaikan dan menaik taraf jambatan di sekitar jalan-jalan persekutuan yang sedia ada.
"Proses menaik taraf jambatan-jambatan di sekitar jalan persekutuan akan menyenangkan lagi perjalanan pemandu kenderaan komersial untuk membawa muatan lebih," kata Mohd Zin kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini, semalam