KUALA LUMPUR – Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato’ Seri Azman Ibrahim pagi ini telah menyempurnakan sesi suai kenal serta penyerahan surat penempatan kepada YBrs. Dr. Sarimah binti Umor yang dilantik sebagai Ketua Audit Dalam, Kementerian Kerja Raya Malaysia.
Pelantikan ini diharapkan dapat memperkukuh fungsi audit dalaman kementerian, seterusnya memastikan tadbir urus yang lebih telus, berintegriti dan berkesan.











