“ SAYA AMAT BERPUAS HATI ”- DATUK THOMAS GEORGE | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

“ SAYA AMAT BERPUAS HATI ”- DATUK THOMAS GEORGE

Image removed.Kuala Lumpur, 21 Oktober 2011- Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Y.Bhg. Datuk Thomas George telah bersara wajib dari perkhidmatan kerajaan pada 23 Oktober 2011. Pada hari terakhir iaitu 21 Oktober 2011, telah diadakan Majlis Perjumpaan dengan Pegawai serta Kakitangan Kementerian Kerja Raya di Bilik Tanjung, Kompleks Kerja Raya.

Dalam ucapannya, Datuk Thomas George menceritakan bahawa beliau berasa gembira menjadi penjawat awam di negara ini. Beliau amat berpuas hati kerana dapat berkhidmat kepada rakyat Malaysia.

Y.Bhg. Dato’ Hj Nasir Mat Dam, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) turut memberi ucapan dalam majlis tersebut. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih di atas jasa dan bakti yang telah Y.Bhg. Datuk Thomas George curahkan sepanjang beliau berada di Kementerian Kerja Raya.

Y.Bhg. Puan Sri Dato’ Zaiton Binti Mhad Ali, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Kerja Raya menyampaikan cenderahati daripada warga Kementerian Kerja Raya kepada Y.Bhg. Datuk Thomas George sebagai tanda kenang-kenangan.

Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran pegawai-pegawai kanan serta kakitangan Kementerian Kerja Raya.

|Galeri Foto|

Tarikh Dan Waktu Acara
Sumber
UKK