JKR DIMINTA SIASAT SEPENUHNYA BANGUNAN SPRM
Melaka, 1 Mac – Bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Melaka yang bernilai RM23.4 juta di Crystal Bay, Alai tidak akan ditutup walaupun berdepan dengan masalah kulat selain wujud masalah pada struktur dan reka bentuknya.
Menteri Kerja Raya, YB. Datuk Seri Shaziman Abu Mansor, berkata premis berkenaan yang siap dibina pada Mac tahun lalu, disahkan selamat digunakan selepas pemeriksaan mendapati masalah berkenaan tidak menjejaskan keselamatan dan kesihatan kakitangan serta orang ramai.
Selain itu, beberapa tempat pula ditenggelami air, mungkin akibat tempias serta paras air bawah tanah yang agak tinggi ketika musim hujan serta air pasang. Jabatan Kerja Raya (JKR) serta jururunding projek sudah diminta melakukan siasatan lanjut termasuk mengenal pasti punca dan menyelesaikannya secepat yang mungkin.
Hadir sama dalam lawatan itu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Y.Bhg Dato’ Sri Abu Kassim Mohamed serta pegawai-pegawai SPRM Melaka dan JKR Melaka.
- Log in to post comments