Projek Pembinaan Sebuah Jambatan Baharu Merentasi Sg. Kuantan, Pahang | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
1

Projek Pembinaan Sebuah Jambatan Baharu Merentasi Sg. Kuantan, Pahang

Projek Pembinaan Sebuah Jambatan Baharu Merentasi Sg. Kuantan, Pahang

KUANTAN, 25 JULAI 2020 - Pembinaan Jambatan Kedua menghubungkan Bandar Kuantan ke Bandar Putra Tanjung Lumpur, Pahang akan dapat mengatasi kesesakan lalulintas pada jambatan pertama. Disamping itu ianya secara tidak langsung akan memberi impak pertumbuhan ekonomi yang besar khususnya kepada Bandar Kuantan dan Pahang amnya. Jambatan baharu sepanjang 451 meter merentasi Sungai Kuantan ini menyediakan jalan perhubungan terus dari Tanjung Lumpur / Pekan ke Kuantan dan Indera Mahkota, Pahang.

Dengan terbinanya jambatan dan laluan baharu ini, ianya akan dapat mengurangkan kesesakan trafik di Bandar Kuantan, memendekkan jarak sepanjang 9 kilometer dan menjimatkan masa perjalanan sekitar 15 hingga 30 minit dari arah Bandar Indera Mahkota dan kawasan sekitarnya serta dari arah Gambang ke kawasan Tanjung Lumpur.

Projek ini dilaksanakan secara Reka dan Bina, melibatkan pembinaan jalan empat (4) lorong berkembar daripada Jalan Tanjung Lumpur, FT183 ke Persimpangan Jalan Tanah Putih / Jalan Pintasan Bukit Setongkol, FT002 sepanjang 2.5 kilometer merangkumi pembinaan jalan baharu sepanjang 1.524 kilometer dan menaiktaraf jalan sedia ada sepanjang 0.525 kilometer. Selain itu, ia menjadi laluan tambahan kepada jambatan Tanjung Lumpur sedia ada yang menghubungkan Bandar Kuantan dan Bandar Putra di Tanjung Lumpur.

Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof hari ini hadir untuk meninjau dan memantau kemajuan dan kelancaran kerja di tapak pembinaan. Projek dibawah Kementerian Kerja Raya (KKR) ini telah dimulakan pada 15 Ogos 2016 dan dijangka siap pada 25 September 2020. Pada masa ini status kemajuan projek ialah 93 peratus.

Kerajaan Persekutuan juga amat perihatin terhadap kesesakan lalulintas di Jalan Persekutuan FT002 dan telah meluluskan peruntukan tambahan sejumlah RM47 Juta bagi membina “Flyover” dari Persimpangan Bukit Setongkol Ke Kemunting, Jalan Kuantan Gambang.

Skop pembinaan “Flyover” ini juga akan dilaksanakan oleh oleh kontraktor yang sama bagi kontrak terdahulu melalui Perjanjian Tambahan. Semua proses bagi pelaksanaan skop tambahan “Flyover” ini telah selesai dan arahan memulakan kerja telah dikeluarkan mulai 15 Jun 2020.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6
7
8