Penyerahan Projek Naik Taraf Jalan Persekutuan Pulau Pinang | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
242675406_224778466355036_6478927328318056_n.jpg

Penyerahan Projek Naik Taraf Jalan Persekutuan Pulau Pinang

Penyerahan Projek Naik Taraf Jalan Persekutuan Pulau Pinang

PULAU PINANG, 28 SEPTEMBER 2021 — Penyerahan Projek Menaik Taraf Laluan Persekutuan FT001 Dari Persimpangan Permatang Keling (Sek 720) ke Jambatan Sungai Junjung, Simpang Empat (Sek. 740) serta perasmian projek menaik taraf jambatan FT.001/724/5 yang merentasi Sungai Kerian dan membina jejambat merentasi persimpangan Jalan Persekutuan ke Jalan Transkrian FT.001/FT283, kedua-duanya di Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang, berlangsung hari ini.

Hadir menyempurnakan penyerahan projek naik taraf FT001 bagi laluan berkenaan dan merasmikan projek naik taraf jambatan ialah Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof.

Projek menaik taraf FT001 bagi laluan berkenaan dilaksanakan oleh Kontraktor Seleksi Sensasi Sdn Bhd di bawah kawal selia Cawangan Jalan, Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai Agensi Pelaksana Kerajaan. Tarikh milik tapak projek ini adalah pada 5 Disember 2017 dan telah siap dibina sepenuhnya awal 2 hari iaitu pada 24 Februari 2021. Dimaklumkan juga kos asal projek ini adalah sebanyak RM 116,600.000.00 dan berjaya disiapkan dengan kos RM 109,353,204.99 dengan penjimatan sebanyak RM 7,246,795.01. Penjimatan ini sebagai satu petanda yang baik dalam usaha kerajaan mengamalkan penjimatan dalam perlaksanaan projek-projek infrastuktur negara.

Panjang keseluruhan jajaran projek ini ialah 20 kilometer dan skop utama projek ini melibatkan kerja menaik taraf jalan ini dari 2 lorong kepada 4 lorong 2 hala, menaiktaraf sistem perparitan jalan bagi mengatasi masalah banjir kilat dan menaiktaraf 2 jambatan Baru di Jambatan Paya Bahang dan Jambatan di Parit E2 dan 2 struktur pembentung di Sungai Kunyit dan di Sungai Bakar Arang.

Bagi Projek menaik taraf jambatan FT.001/724/5 yang merentasi Sungai Kerian dan membina jejambat merentasi persimpangan Jalan Persekutuan ke Jalan Transkrian FT.001/FT283, ia telah diberi milik tapak kepada kontraktor yang berjaya iaitu Besteel Engtech Sdn. Bhd. pada 8 Julai 2021 dan tarikh siap dijadualkan pada 7 Julai 2024. Tempoh projek adalah selama 36 bulan dengan nilai kontrak RM 209,000,000.00.

Skop projek menaik taraf jambatan ini merangkumi menaik taraf jalan daripada dua (2) lorong kepada empat (4) lorong dua (2) hala dengan piawaian U5 sepanjang 1.35 kilometer.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
 239961308_224778339688382_5659913186608931940_n.jpg
 240233253_224778696355013_8656587999609467006_n.jpg
 240657454_224778539688362_4153464163202647951_n.jpg
 240673264_224778726355010_8407778737182733603_n.jpg
 241381208_224778626355020_3057183010766502008_n.jpg
 242552652_224778556355027_3749836115586291558_n.jpg
 243485034_224787433020806_1850948337596803467_n.jpg
 243535106_224787503020799_7794443160902524322_n.jpg
 243700508_224787526354130_3362544167324634894_n.jpg
 243796067_224787499687466_3154503880105843437_n.jpg
 243857780_224787619687454_6325916922275187115_n.jpg